Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu
Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Wednesday, 25 February 2026

(Transkrib) HALAL PROFESIONAL – “TENTANG PENSIJILAN HALAL” | HALAL PROFESIONAL

Pautan: https://www.youtube.com/watch?v=_U7NVGyDbXg

Panel: Dr Mohd Aina Khotib

*Perhatian: Transkrib telah disunting dan diedit untuk kesesuaian

Terima kasih bersama untuk meluangkan masa dengan saya dan juga para pendengar, para penonton IKIMfm petang ini untuk kita kongsi tentang tajuk yang penting berkenaan dengan pensijilan halal. Baik Dr., kita nak terus saja di awal ini: bila sebut tentang pensijilan halal semua orang tahu itu penting sebenarnya. Tetapi mungkin sesetengah pemain-pemain industri kata - "susahnya nak dapatkan pensijilan halal ini." Nak dapatkan pengiktirafan halal ini macam-macam proses, macam-macam borang, macam-macam pemeriksaan demi pemeriksaan dilakukan untuk diberikan pengiktirafan ataupun sijil halal itu. Jadi kita nak tanyalah: serumit mana nak dapatkan sijil halal ini? Sebab ramai yang beralasan kenapa tak ada sijil halal kerana susah sangatkan proses tu, macam renyah sangat; susah sangat. Jadi kita nak terus tanya di awal ini apakah itu pensijilan halal Dr Aina?

Berbalik kepada soalan yang yang diajukan oleh DJ Siti tadi, apa yang dimaksudkan dengan pensijilan halal - pensijilan halal ini adalah satu dokumen/ dokumentasi yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa berwibawa yang mengesahkan bahawa sesuatu produk ataupun perkhidmatan yang dikeluarkan itu adalah halal mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Kalau kita lihat pihak apa yang dimaksudkan dengan pihak berkuasa berwibawa, di Malaysia ini JAKIM dan JAIN adalah pihak berkuasa berwibawa. Yang akan memperakukan dan meluluskan permohonan pensijilan halal. Kalau kita di Malaysia memang JAKIM-lah yang kita tahu. Memang halal kita diuruskan oleh JAKIM. Bagaimana pula di luar negara? Kalau kita lihat di luar negara, ia diuruskan oleh badan-badan pensijilan halal negara tersebutlah yang mana JAKIM telah mengiktiraf hampir 86 badan pensijilan halal luar negara daripada 48 buah negara. Kita lihat kenapa pentingnya pensijilan halal? Kenapa ada yang mohon, ada yang tak mohon? Betul, bila kita lihat pensijilan halal ini sebelum kita nak mohon tu, kita kena tengok dululah syarikat tersebut layak ataupun tidak. Kita nak dapatkan persijilan halal ini - ia memberi satu definisi bahawa produk tersebut yang kita hendak, yang kita hendak makan ke, yang kita hendak pakai, yang kita hendak guna ke, dia memberi jaminan bahawa produk tersebut halal, boleh diguna pakai oleh orang muslimlah; orang Islamlah. Kenapa pentingnya kepada pensijilan halal? Hanya Syarikat yang mohon pensijilan halal sahaja ataupun industri yang mohon pensijilan halal sahaja yang boleh mengguna pakai logo halal. Maksudnya, kalau dia tak mohon, dia tak mohon pensijilan halal Syarikat kalau dia tak mohon pensijilan halal tetapi dia mengguna pakai logo halal pada produk dia. Jadi, ianya sebagai logo palsulah dan boleh diambil tindakan. Jadi, kalau sesebuah syarikat tersebut nak mengguna pakai logo halal pada produk, dia jadi wajib untuk dia memohon pensijilan halal.

Berbalik kepada yang tadi saya sebutkan: bila dengan adanya logo halal tadi, ia memberi definisilah kepada kita sebagai pengguna, kita sebagai publik/ orang awam yang mana bukannya semua ingredient (bahan ramuan/kandungan) yang kita faham. Kalau kita beli produk A, kalau kita tengok dekat ingredient tu tak semua ingredient yang kita fahamlah. Kadang-kadang dia pakai istilah-istilah yang kita pun sukar nak faham. Jadi dengan logo halal tadi dia memberi jaminanlah. Saya sendiri pun kalau saya lihat produk itu sudah ada logo halal, halal Malaysia ke ataupun halal luar negara ke, dia memberi keyakinanlah kepada kita untuk kita nak (beli). Kalau kita lihat, bagi syarikat-syarikat, industri yang mohon pensijilan halal dia kena patuhlah. Dia tak bolehlah bila sudah mohon, sudah dapat so okeylah (untuk tak ikut peraturan)- tak. Maksudnya dia nak langgar peraturan ke apa - tak boleh.  Once, bila dia sudah dapat persijilan halal, dia kena ikutlah garis panduan yang telah dikeluarkan yang mana antara rujukan utama dalam pensijilan halal antaranya Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia ataupun ringkasan dia MPPHM. Kita juga ada standard Malaysian (MS) dalam halal dan bila kita bercakap berkenaan halal ini actually halal ini bukan hanya kepada makanan sajalah. Halal ni sangat meluas. Kita ada di Malaysia pun dalam skim pensijilan halal ada sembilan skim. Bukan hanya produk makanan, bukan hanya premis makanan, tetapi kita ada juga farmaseutikal/ produk farmaseutikal, kita ada juga kosmetik, kita ada juga rumah sembelihan, kita ada juga logistik, perkhidmatan logistik dan kita ada juga peranti perubatan, barang gunaan dan juga pengilangan kontrak. Kita ada sembilan skim pensijilan. Jadi yang mana syarikat-syarikat industri yang mohon pensijilan halal tadi, dia mestilah bertanggungjawab untuk mematuhi garis panduan tersebut. Itulah pentingnya kepada kita. Bila kita sudah ada, sudah dapat, kita kena patuh.

Okey ada risiko tak sesuatu pensijilan halal yang telah diberikan kepada mana-mana pemain industri syarikat ke, kilang ke, akan ditarik balik? Andailah, sebab nak dapat tu bukan main. Dia patuhi segala prosedur syarat-syaratnya. (Tetapi apabila) Sudah dapat, tiba-tiba katakan selepas 6 bulan atau selepas setahun, pihak yang memberikan sijil halal itu macam JAKIM ke kan datang buat spot-check. Tengok dia maintain ke tidak dia punya standard halal tu, kebersihan, dari segi kualiti. Tiba-tiba sudah tak capai macam mula-mula dulu. Ada tak risiko untuk ditarik balik setelah diberikan sijil halal itu kepada mana-mana pemain industri?

Memang adalah risiko tersebut. That's why kita memang dalam MPPHM pun, dalam manual prosedur pensijilan halal Malaysia pun dia ada – maksudnya: (dinyatakan di dalamnya berkenaan) kesalahan-kesalahan kecil, kesalahan-kesalahan besar. Kesalahan-kesalahan yang melibatkan teknikal ke, kesalahan-kesalahan yang melibatkan isu syariah ke. Jadi, benda itu boleh ditarik baliklah. Dia based on /bergantung jugalah kepada apa kesalahan yang dibuat. Maksudnya, bukan bermaksud bila dia dapat sijil halal ni so sampai bila-bila dia akan dapat - tak. Kalau dia tak maintain dia actually kena renew (perbaharui), dia kena renew macam produk makanan - dua tahun, kalau kosmetik atau farmasutikal 3 tahun, kalau rumah sembelihan setiap tahun kena renew. Jadi waktu nak renew tu akan ada audit pulalah. Akan ada audit pula. Jadi maksudnya kalau dia ada benda yang ketidakpatuhan atau ketidakakuran berlaku, maka isu nak tarik balik itu memang bolehlah kalau kalau melibatkan kesalahan-kesalahan besar, contohnya.

Kebanyakan kalau mula-mula dulu pensijilan halal ini diperkenalkan setahu sayalahkan, banyak yang minta ini ialah pemain industri di kalangan orang bukan Islam. (Manakala) yang Islam ini sedikit sangat yang minta. Sekarang ni macam mana dah ramai ke yang di kalangan pengusaha/perniagaan orang Islam yang meminta halal?

Kalau untuk permohonan pensijilan halal actually kita boleh check juga. Kita boleh tengok dalam laman web halal directory. Kita boleh tengok di sana syarikat-syarikat yang mohon pensijilan halal. Maklumat yang saya adalah setakat ni: kalau purata hampir lebih kurang dalam 10,000 syarikatlah yang pohon pensijilan halal. Itu maklumat yang dapatlah. Kalau silap, betulkanlah, kalau ada kesilapan. Jadi di situ kita lihat maksudnya masih kita cubalah untuk nak meningkatkan lagi meningkatkan lagi permohonan pensijilan halal. Yang mana daripada jumlah tadi tu lebih kurang 60 ke 70% memang pemegang pensijilan halal adalah daripada kalangan non-muslimlah.

Masih lagi ya, (syarikat) kalangan bukan Islam Muslim yang menjuarai dari segi memohon untuk mendapatkan pensijilan halal ini. Baik, kita nak tahu juga ini tadi dah sebutkan tentang ada berapa jenis sijil halal ni; katanya ada sembilan skim ya. Jauh beza tak kita dari segi bidang siji halal: kita sembilan skim sembilan kategori, kalau di luar negara di peringat antarabangsa jauh tak mungkin perbezaan daripada kita? 

Dia actually setiap negara tu dia berbezalah. Dia bergantung kepada masing-masinglah negara tersebut. Tapi kalau untuk negara kita, kita ada sembilan skim tadilah jadi bila kita nak mohon persijilan halal tu kita, tengoklah kita di bawah skim yang mana. 

Dr. Aina, para penonton di sana ramai juga yang nak tahu, saya pun nak tahu tu yang nak tanya ni sejauhmana pemain industri di negara kita ni berjaya mendapatkan siji halal? Kalau lepas pun mungkin yang buat tak lepas tu mungkin di peringkat yang mana yang tak lepas tu? Mungkin dari segi tahap kebersihannya ke? Ataupun bersih, kedai tiptop semua cantik, kualiti bahan yang dipilih untuk menyediakan sesuatu makanan ataupun apa servis yang ditawarkan tu dia sangkut kat situ? Di peringkat mana yang buatkan mereka tak berjaya? Katalah ada 10 peringkat, (mungkin) 10 proses atau prosedur yang nak dilalui oleh mana-mana orang yang nak mendapatkan sijil halal, contohnya banyak sangkut di tahap lima di tahap tujuh contohnya?

Pengalaman saya berkongsilah, pengalaman kami di Institut pengurusan halal ataupun Institute of Halal Management ringkasan dan IHM-lah di UUM yang mana kami juga salah satu pusat penyedia latihan halal yang berdaftar di bawah JAKIM. Dan saya juga salah seorang tenaga pengajar halal yang berdaftar di bawah JAKIM. Jadi team kami banyak turun ke industri alhamdulillah kami kerap dijemputlah oleh industri untuk bagi training halal di belah utaralah di belah utara. Kami kerap dijemput dan kami banyak turun ke industri. Jadi actually kita boleh lihatlah sebenarnya apa cabaran-cabaran, kekangan yang dihadapi oleh syarikat-syarikat. Kalau saya sebagai ahli akademik, kalau saya hanya duduk di universiti memang saya takkan nampak benda ni. Tapi bila kami memang kerap turunlah boleh dikatakan setiap bulanlah kami memang akan turun industri. And then bila kita berjumpa, bersembang dengan kita sambil-sambil kita bagi training tu kita jumpa juga industri kita tahulah kekangan-kekangan yang dihadapi. 

Banyaklah antara reason tu dia kadang-kadang tu ada yang baru nak proses. Baru ni ada satu premis makanan yang dia nak mohon pensijilan halal. Jadi kami sebelum kita nak bantu, sebab kami kami ada bantu, juga kita ada bimbing syarikat dalam permohonan pensijilan halal. Yang mana kami juga di UUM kami dilantik oleh MARA sebagai perunding cara di bawah MARA. Daripada situlah kita membimbing syarikat dalam permohonan pensijilan halal dan alhamdulillah dah ada dua syarikat yang berjaya. So daripada situ kita nampak sebab kita sendiri yang terlibat. Maksudnya kita bukan hanya mengajar tapi kita sendiri yang kita buat. Kita key in dalam sistem kita, kita sediakan, kita prepare dokumen, kita bantu, kita bimbing syarikat tersebut. Kita bimbing, kita bantu, jadi kita tahulah apa kekangan-kekangan yang dihadapi oleh industri. Maksudnya kita bukan hanya bercakap kosong, tapi kita buat sekali bersama industri. So daripada situ kita nampak kekangan dan cabaran. 

Ada juga yang nak mohon halal, dia berminat nak mohon: ada satu premis makanan ni dia berminat nak mohon halal and then bila kita bila kita turun tengok dululah, bila kita turun tengok so ada beberapa benda yang dia kena ubah sikitlah. Dia kena kadang-kadang ada juga dari segi struktur, dia punya tempat dia, ada yang tak sesuai, dia melibatkan ubah suai, ada juga yang macam tu ada juga dari segi bahan mentah, pembelian bahan mentah, benda yang simple. Kalau macam contoh kalau dalam syarikat permohonan persijilan halal, kalau contoh dia mengguna pakai ayam. Ayam yang kita tahu: ayam ini adalah critical ingredient yang mesti kena ada/ mesti dia kena beli daripada yang yang ada logo halal-lah. Mungkin sebelum ni dia beli ayam di pasar ataupun dia beli ayam daripada rumah sembelih yang tidak ada pensjilan Halal/ yang tak ada logo halal kita kata. And then, dia kena tukarlah kalau yang tu simple. Senang bila kita advice yang tu yang tu on lah, senang. Dia boleh tukarlah maksudnya mungkin sebelum ni dia beli ayam daripada rumah sembelih yang tak ada pensijilan Halal - tu dia kena ubahlah kepada rumah sembelih yang ada pensijilan halal. Maksudnya, dia beli ayam tulah. Banyaklah kalau dekat Kedah ni kita ada antaranya Ayam Bismi dan banyak lagilah syarikat-syarikat lain. 

Jadi itu yang yang senang dia nak ubah, tapi melibatkan struktur kedai contohnya. Struktur kedai ada juga yang dia simpan tempat yang sama: (di situlah) stor, situlah stor pekerja, situlah stor barang yang tu tak bolehlah. Dia kena asingkanlah barang unuk yang basuhan. Isu-isu macam tu dia kena dia tak boleh campur sekali, ada banyak benda lagilah actually kita akan lihat. And then ada juga isu yang bila yang tak lulus juga kita kata sebab mungkin yang menguruskan halal - ada syarat contoh kalau syarikat yang yang dalam kategori besar, sederhana (sepatutnya) dia perlu ada jawatan halal exec kan. Jadi halal exec ni kadang-kadang dia urus benda lain, orang yang buat ni; memang kami ada jumpalah satu satu isu yang ni dia tak ada pengalaman. Dia tak reti nak buat, nak buat dokumen macam mana. Dia tak reti nak buat, mungkin dia pun belum join training halal executive tapi dia yang menguruskan halal. Sepatutnya orang yang menguruskan Fail Halal ni adalah orang yang yang join training halal eksekutif. Sebab dalam latihan eksekutif halal ada diajarlah modul-modul ada macam mana kita nak buat sistem jaminan halal. Tapi, ada isu yang orang lain yang join training, orang lain yang buat buat fail tersebut. Jadi bila dia submit pun banyak banyak kali Eh banyak berlaku apa ni yalah ada benda yang tak betul, banyak berlaku ketidakakuran sebagainya, isu-isu macam tulah. 

Banyak lagilah isu-isu dan cabaran tu kalau nak list tu memang panjang. Tapi alhamdulillah, bila team saya sendiri dengan dengan rakan-rakan daripada IHM, bila kami banyak turun ke industri kita nampaklah apa cabaran-cabaran dan kekanganlah yang dihadapi oleh industri. Dan actually bukanlah kita nak kata halal itu susah, kalau kita ada semua dokumen. Actually, semua benda permohonan perlukan dokumentasi, HACCP ke. Bukan hanya sijil halal saja kan. Nak minta untuk HACCP ke MeSTI mesti ada dokumentasi. Then nak menyediakan dokumen tu memang bukannya petik jari terus dah ada semua benda, jadi benda tu normal. So Insya-allah benda tu bukanlah kita nak kata susah sangat tu kalau kita buat elok-elok. Kita ikut, follow buat satu-satu Insya-allah benda tu boleh buat. 


(Transkrib) KONSEP HALALAN TAYIBAN MENELUSURI AMALAN MALAYSIA DAN JEPUN - IKIMfm

 Perhatian: Terdapat sedikit suntingan dan olahan dibuat untuk memfokuskan kepada intipatinya sahaja. 

KONSEP HALALAN TAYIBAN MENELUSURI AMALAN MALAYSIA DAN JEPUN | HALAL PROFESIONAL - IKIMfm

Pautan: https://www.youtube.com/watch?v=QK33_k994Ok

Panel: Prof. Madya Dr. Muhammad Hakimi Mohd Shafai (UKM)

Oleh kerana itu maka saya terdetik untuk membincangkan di dalam ruangan halal profesional Ikim FM ini. Saya tajuk khas kita bawakan untuk konsep halalan tayiban menelusuri amalan Malaysia dan Jepun.

Di awal ni apa yang Dr. maksudkan dengan tajuk ni?

Sekali lagi terima kasih yang seperti Siti sebutkan tadi betul halalan tayiban adalah satu perkara yang menjadi premis utama dalam kita membincangkan halal, industri halal, ekonomi halal dan sebagainya. Berpaksikan kepada ayat suratul Baqarah 168 yang mana kalau kita cerakinkan ayat ini adalah seruan kepada seluruh manusia. Ya ayyuhannas kepada seluruh manusia; makanlah apa yang ada di dalam muka bumi ini. Kullu mimma fil ard halalan tayyiban. Itu premisnya halalan tayiban. Dan wala tattabiul khutwati syayatin. Maknanya tidak mengikut apa yang jalan ataupun pathway yang ditelusuri oleh syaitan. Kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata. Saya jadi di sini bila kita cuba membincangkan tentang konsep halalan tayyiban ini adalah dan tajuk kita yang lebih kita spesifikkan dari sudut hubungan antara apa yang dibuat di dalam negara kita Malaysia ya dengan apa yang dibuat oleh Jepun.

Dua negara yang sifatnya sangat berbeza. Kenapa saya ingin membangkitkan Jepun? Bukan hanya sebab saya mengaji di sana tetapi juga kalau kita tengok polisi negara ini. Polisi negara ini, negara kita yang telah meletakkan dasar pandang ke timur. Kerana apa? Selama ini banyak beratusan tahun kita dijajah oleh Barat. Maka kita banyak kepada polisi yang mengarah ke barat; westernization, Americanization. Apabila Jepun telah mengalami kekalahan di dalam Perang Dunia Kedua dan maka dari situ mereka bermulalah era untuk memodenkan negara tanpa dari sudut kekuatan ketenteraan. Kalau tengok kepada perlembagaan Jepun tidak ada dinyatakan tentang tentera ini. Army tidak ada langsung. Walaupun kita tahu kekuatan tentera yang ada ini disokong oleh Amerika di Jepun juga kuat. Maka di situ kita melihat pemodenan Jepun itu dibuat berdasarkan nilai yang ada selepas kalahnya dalam peperangan dunia kedua yang mempunyai agenda timur. Kehalusan timur itu berbeza dengan apa yang ada di barat dan daripada situ kita melihat Jepun adalah negara Asia pertama yang mencapai pemodenan. Tidak pernah terbayang pemodenan ini dicapai oleh negara di bahagian timur di Asia. Maka dari situ kita melihat banyak perkara yang boleh dibelajar khususnya dalam konteks halal ini, ekonomi halal ini.

Saya melihat konsep halalan tayiban ini untuk ruangan yang pertama ini adalah dari sudut kita melihat rangka kerja ekonomi halal itu yang sifatnya normatif. Normatif bermaksud dengan nilai. Kerana Malaysia sebagai salah sebuah negara majoriti Islam telah meletakkan penginstitusian ekonomi halal ini melalui dasar yang jelas. Dasar halal yang telah ditetapkan melalui peranan JAKIM di dalam negara kita melalui kawal seliaan oleh Menteri Agama. Dan kita melihat juga Jepun yang bukan negara Islam tetapi mempunyai satu motivasi untuk mempraktikkan halal ini dalam konteks tumpuan pasaran. Bila pasar ini bila ada permintaan pastinya ada penawaran. Jadi daripada situ Jepun cuba masuk dari sudut memenuhi permintaan itu tadi dengan nilai. Nilai Jepun yang saya sebutkan tadi berbeza dengan nilai yang ada di di Barat termasuk juga negara kita. Jadi kalau kita menggembelingkan konsep halalan tayiban ni, saya selalu ulang perkataan ini. Kita mungkin di negara kita mungkin dan juga di negara-negara bukan Islam yang lain melihat halal halal itu satu, tayiban itu satu. Sedangkan ianya adalah satu perkara yang harus disekalikan berdasarkan nas Surah al-Baqarah 168 tu tadi. 

Maka dengan sebab itu bila kita sebut halalan tayiban dengan menusuri amalan apa yang ada di dalam negara kita dan juga apa yang ada di dalam negara Jepun sekurang-kurangnya. Ada empat terasnya. Yang pertama ialah dari sudut beretika dalam pengeluaran ekonomi halal; beretika dalam pengeluaran. Production ethics. Mungkin ada isu orang membuat kritikan penyembelihan itu binatang haiwan yang berdasarkan  sembelihan halal itu satu kezaliman. Tapi kalau diselidiki dengan lebih mendalam, ianya lebih memberi keamanan kepada haiwan itu. Secara saintifiknya itu antara benda yang selalu dibincangkan. Yang pertama. Yang kedua kalau kita lihat ialah dari sudut kelestarian termasuklah pemerkasaan alam sekitar ini. Kalau orang buat betul kilangnya halal tapi hasil kimia mungkin daripada kilang itu dibuang ke sungai. Ini juga kita tengok dalam negara kita dan juga negara negara Islam yang lain. Environmental sustainability yang kedua. Yang ketiga ialah dari sudut keadilan sosial. Social justice. Ini juga perlu kita lihat. Sejauh mana masyarakat boleh menerima impak positif daripada production kita, daripada pengeluaran ekonomi halal kita. Yang ketiga, dan yang terakhirnya pastinya yang selalu juga disebut adalah dari sudut a tadbir urus, governans dan juga transparent transparency

Jadi empat tonggak inilah yang saya ingin hujahkan menjadi satu rangka kerja ekonomi halal yang sifatnya normatif. Normatif sifatnya mempunyai norms, social norms, religious norms. Apa yang dipraktikkan di kalangan masyarakat yang bukan hanya melihat ianya adalah satu perkara yang spesifik dan diberi keutamaan kepada orang Islam semata-mata. Bila kita kata halal yang tadi dan sesuai dengan saya sebutkan di awalan tadi, ya ayyuhannas. Maknanya seruan ke arah memakan perkara yang halal yang dibenarkan dan tayib. Dibenar dan baik. Apa saja tafsiran terjemahan yang dibuat tapi ianya mesti dilihat sebagai satu pakej. Dan akhirnya membawa kepada kebaikan kepada seluruh umat manusia. Bukan hanya kepada orang Islam ataupun orang mukmin saja.

Kita Malaysia dan Jepun kategori Asia tetapi ada banyak beza antara Malaysia dan Jepun. Apa perbezaannya tu Dr? kalau kita respon antara dua ini tadi, betul. Sama tak serupa?

Sama tak serupa. Betul. Jepun pernah 3 tahun lebih kurang menjajah Tanah Melayu. Tetapi selepas itu mereka bangkit seperti yang saya sebutkan di awalan tadi. Dalam konteks perbincangan kita ekonomi halal ini, negara kita Malaysia telah menginstitusikan konsep halalan tayiban ini. Pembuktiannya boleh kita lihat daripada pensijilan JAKIM itu. Betul. Persijilan JAKIM itu adalah satu refleksi kepada konsep halalan tayiban. Buktinya kita ada bukan hanya cerita penyembelihan. Kita ada MS Malaysia standard. Ada kawalan dari sudut kawalan mutu dari sudut semakan makmal. Ada juga dari sudut bagaimana penginstitusian itu yang akhirnya ingin saya simpulkan membawa kepada bagaimana pihak kerajaan ataupun pemerintah a government late top down approach. Maknanya ada satu dasar yang ditetapkan oleh kerajaan untuk memperkasakan ekonomi halal yang mana dasar itu telah diikuti dan disambut baik dengan rakyat. Sama ada rakyat itu orang Islam ataupun bukan Islam. Kalau kita tengok pengeluar ianya diterima baik oleh pengeluar bukan Islam. Bukan hanya orang Melayu orang Islam saja. Kita lihat penginstitusian konsep halalan tayiban dalam negara kita ini sangat bersifat government centric. Sentriknya datang daripada pihak pemerintah dan ianya diinstitusikan melalui pensijilan. Itu bukti yang jelas untuk kita tengok. Bukan hanya cerita sebab itu oleh kerana itulah persijilan JAKIM Malaysia ini diterima dengan baik memenuhi piawaian pihak global. Itu perbandingan utama dalam konteks negara kita. Negara kita ini adalah negara yang majoriti orang Islam. Tidak perlu kita debatkan antara Malaysia ini negara Islam atau bukan Islam. Jadi di sini bukan ruangannya. Jadi kita harus meletakkan yang Malaysia sebagai satu negara Islam yang progresif melalui pembangunan ekonomi. 

Saya selalu berhujah juga dalam satu pembaharuan ketamadunan Islam pada masa kini ianya harus dibuat melalui pembangunan ekonomi dan negara kita telah pun menunjukkannya dan pastinya melalui ekonomi halal. Malaysia dan di sebaliknya dalam konteks Jepun bukan seperti negara kita pemerintahnya tidak ada langsung satu dasar yang spesifik tentang agama ini. Kalau kita nak bahasa mudahnya mungkin kita boleh anggap sebagai satu negara sekular. Dan pembangunan itu adalah satu yang kalau kita nak kaitkan dengan konsep halalan tayiban itu adalah satu yang berteraskan pasaran. Berteraskan perasaran yang disesuaikan dengan konsep halal itu. Maknanya apa saja permintaan yang ada di dalam pasar, kalau permintaan itu ke arah untuk membuat pasaran haral, maka mereka akan sediakan. Saya dapat bayangkan perbezaan yang cukup berbeza antara sewaktu saya pengajian PhD di Jepun tahun 2009 hingga 2012. Susah nak jumpa kedai halal ni, kedai restoran halal ni. Sekarang ini di mana-mana ada saja apps dan saya kira itu bukan hanya dari sudut kesedaran tetapi juga dari sudut memenuhi pasaran. Itu yang saya sebutkan tadi. Dan kalau kita lihat isu yang melanda dari sudut islamofobia menyebabkan negara seperti Jepun, Taiwan, Korea termasuklah Cina mempelopori ataupun mempromosikan agenda halal ini. Orang Arab datang ke Malaysia mungkin tidak ada isu untuk halalnya. Sepertimana kita juga ke negara Arab tidak ada isu halalnya. 

Jadi dalam perkataan yang mudah ialah apa yang saya ingin sebutkan konteks halalan tayiban bagi negara Jepun adalah satu yang sifatnya functional halal. Halal yang berfungsi yang dan menyerlahkan konsep tayib itu. Menyelahkan konsep tayyib itu iaitu dari sudut kualiti yang baik. Jadi kalau kita selalu sebutkan kalau made in Japan tu dah paling tinggilah tu ya. Compared to made in negara-negara lain kan. Betul. Jadi made in Jepun itu sudah ada satu trustability kebolehcayaan itu tinggi. Jadi kalau kita lihat Made in Japan itu mempunyai satu kepercayaan kepada ketinggian nilai dan mutu, maka di situlah kita lihat konteks tayiban itu telah diangkat secara implisit. Secara implisit mahupun eksplisit melalui konsep halal itu tadi. Jadi apa yang kita bandingkan ini tadi adalah dua konotasi halal konotasi yang sama iaitu halalan tayiban ini cara Malaysia menginstitusikan konsep itu misalannya dalam konteks pensijilan dan cara Jepun mempraktikkannya dalam sistem pasar dan akhirnya dan akhirnya kita dapat melihat penghujahan akhirnya mungkin saya akan sambung nanti ialah bagaimana penggambungan model ini boleh menonjolkan satu amalan terbaik.

Amalan terbaik yang boleh diserlahkan untuk amalan baik dalam global. Itu penghujahan akhir yang ingin saya bawa dalam ruangan pada petang ini. Apa saja yang baik yang boleh Malaysia belajar daripada cara Jepun dan apa saja amalan yang dibuat oleh Jepun itu boleh digunakan secara universal kepada orang-orang Islam yang lain dan juga orang-orang bukan Islam. Jadi itu segala perbandingan untuk kita lihat bagaimana tajuk halalan tayiban dengan dua negara ini tadi. Dan akhirnya secara peribadinya saya ingin melihat bagaimana konsep halalan tayiban ini dapat diserlahkan dengan satu amalan yang tepat. Ini yang saya selalu juga ulang-ulang sebut halal dah baik dah kan? Ayam sembelih tu dah baik dah. Tapi pemprosesan ayam itu kadang-kadang tidak mencapai kualiti, busuk dan sebagainya. Orang makan sakit perut. Bukan salah ayam sembelih. Salah kita proses. Tapi kalau proses baik, tayib tetapi tidak sembelih baik pun tak lagi tak boleh makanlah. Betul. Ini yang er saya rasa ada dikotomi ataupun dilema yang berada dalam polemik hari ini agar kita dapat mencapai satu standard global yang diterima well accepted diterima dengan baik dan menyerahkan  kebenaran yang ada di dalam ayat 168 al-Baqarah itu tadi.

Bila kita tengok semangat orang Jepun ni tinggi sangat. Pengamatan Dr. sepanjang belajar di sana dan kerap ulang balik ulang balik ke Jepun. Dari mana datangnya semangat jitu orang Jepun yang tinggi sehinggakan memang dunia apa-apa sikit menuju pada Jepun dalam banyak perkara?

Ini saya punya pandangan dan pemerhatian. Saya kira untuk respon secara jujurnya menerusi pengalaman saya kerana mereka telah merasai susah dan sukar kekalahan itu tadi. Negara kita juga yang sama. Mereka menyerang Amerika, menyerang negara lain dengan andaian dan pegangan menyatakan perang itu boleh mereka menjadikan Jepun itu negara yang berkuasa dan apabila telah diserang maka di situlah bermula. Itu yang pertama kita tak lalui. Jadi kita boleh nampak tahun 50-an kekalahan perang dunia yang kedua tu tadi. Saya sudah sebut di awalan tadi.

Yang kedua ini pengalaman saya sendiri tahun 2011 Fukushima. Pengalaman dia Fukushima yang tsunami besar dan menyebabkan kebocoran nuklear. Di situ yang sama. Saya cukup terkejut apabila semangat yang ada budak; saya kira mungkin umur tujuh tahun sekolah rendah dia cakap dalam televisyen, dia kata: “walaupun kita sekolah kita telah pun musnah, rumah kita musnah, mari kita belajar kerja kuat untuk bangunkan semula.” Akibat kesukaran dan kekalahan kalau dari sudut perang itu tadi menjadikan mereka bangun. Dan mereka memegang kepada segala-galanya atas nama Jepun. Jadi itu yang saya kira menjadikan mereka itu satu yang mungkin tak ada di tempat lain. Ini dah lemah yang mungkin ada negara barat akibat kemajuan maka mereka menjadikan negara mereka ke arah kebajikan. Jadi tidak perlu kerja. Kenapa perlu kerja? Kerana sudah ada pemerintah sediakan allowance. Jadi kepayahan itu sebenarnya menjadikan orang lebih bersemangat untuk membangunkan. Sesuai juga dengan nas Surah Alam Nasyrah kan selalu dibaca selepas kesukaran adanya kesenangan. Jadi itu semangat yang saya kira ada dan menjadikan Jepun tu satu model yang saya seperti yang saya sebutkan tadi satu polisi negara kita sendiri ingin tengokkan.

Saya ingat saya nak tanya soalan seterusnya ni. Jawapannya tu mungkin nak lepas on air tetapi saya rasa kalau saya tanya sekarang kalau mungkin ada sensitiviti tentang sini ya mungkin ada tetapi kenapa tidak kalau disebutkan juga jawapan itu dapat menjadi bahan fikir-fikir kita bersama. Malaysia juga mengalami penjajahan yang lama sepertimana negara Jepun tetapi kenapa dari segi kemajuan, dari segi fokus untuk berdaya tinggi tu bukan kita tak ada tapi kita Malaysia ada cara Malaysia, Jepun cara Jepun. Dr. rasa kenapa Malaysia begitu?

Saya rasa mungkin kita telah berada dalam satu konteks selesa. Kita berada dalam satu yang semangatnya. Kalau kita tengok negara kita selepas kita merdeka semangatnya semangat pemimpin awalan negara kita nak membangunkan negara membantu rakyat. Tak ada jalan, disediakan jalan. Tak ada jambatan, dibuat jambatan. Tak ada bilik air, dijadikan bilik air; jadi dibangunkan oleh pemimpin negara kita. Itu sebab saya sebutkan tadi dalam konteks halal. Kita adalah negara yang sangat bersentrikkan pemerintah. Jadi sekarang ini adalah ini yang kalau kita terlalu negara kita ini terlalu berharapkan kepada kerajaan pemerintah maka adakah kita ke arah menuju ke arah negara yang sifatnya perancangan pusat ataupun komunis? Itu soalan seterusnya. Bukan sekali lagi harus difikirkan dari sudut teori ekonominya kerana sebelum ini penetapan oleh kadar pasar itu telah menyebabkan kemajuan itu berlaku. Tetapi negara China yang sebelum ini negara komunis telah membuktikan yang perancangan pusat itu juga boleh menjadi moden. Jadi sekarang ini persoalannya akhirnya untuk respon yang lebih spesifik akhirnya apa saja model oleh pemerintah itu bukan pokoknya pada pandangan saya; pokoknya rakyat tu tadi. Kalau pemerintah cara A rakyatnya mengikut dengan nilai yang tinggi, maka jadi kalau B kedua-dua modelya kita dah nampak kan dibuat cara B rakyatnya juga mengikut dengan baik, mengangkat dengan baik negara ini maka ianya juga akan jadi. Jadi itu yang menjadi persoalan yang saya kira perlu rakyat negara ini berfikir-fikir juga.

Dalam konteks halal ini tadi saya ingin menyebut daripada persoalan yang Siti tanyakan tadi ialah kedua-dua model ini boleh membawa kepada ke arah satu saling lengkap melengkapi dan bukan sifatnya bersaing. Saya bagi contoh. Kita fokuskan kepada ekonomi halal kita tadi. Malaysia telah meletakkan amalan halal ini tadi yang berteraskan syariah. Okey. Kerana negara kita negara Islam yang pertama. Yang kedua, kita telah meletakkan konsep halalan tayyibat itu secara dengan tepat ya dengan pembuktian persijilan. Dua. Dan yang ketiga telah meletakkan satu standard institusi yang nilaiannya tinggi mencapai piawaian dunia. Itu yang cukup baik dalam konteks negara kita dalam industri ekonomi halal. Dalam konteks Jepun, yang saya sebutkan boleh dilengkapi ni tadi. Yang pertama mereka telah membuktikan dari sudut kecemerlangan dalam konteks operasi. Standard mereka macam lagi baiklah daripada robot. Saya fikirlah mungkinlah kan sebab robot tidak ada akal ihsan tu tadi. Operational excellence. Jadi orang Jepun telah membuktikannya. Yang kedua dari sudut kualiti. Dulu kita awal 80 awal 90-an late 80s made in China ni macam low class. Tapi bila kita pergi tengok kat Jepun Made in China banyak juga sebenarnya. Tapi sebab benda tu dijual kat Jepun maka kualitinya lebih tinggilah orang kata. Dan bila kita guna memang betullah made in China di Jepun tidak sama dengan Made in China di negara tempat kita atau tempat lain. Terbukti itu pun saya dah perhatikan. Dan yang ketiga ialah telah ini yang saya pentingkan, Jepun telah menonjolkan satu yang sifatnya apa yang nak sebutkan sebagai non-religious universal ethics. Tidak ada satu asosiasi yang attach dengan agama tetapi nilaian itu adalah sifatnya universal yang diterima dengan baik. saya. 

Jadi itu sebab yang saya ingin highlightkan dengan menggunakan bila kita tengok halalan tayiban Malaysia Jepun yang mana saya sebutkan di awalan tadi sebagai satu rangka kerja ekonomi halal yang tinggi nilai normanya. Universal ethical economic framework - Halal economic framework. Ini yang saya ingin utarakan di ruangan Ikim FM ini khususnya yang dihoskan dalam halal profesional ini. Bagaimana profesionalnya kita dengan nilai yang tinggi di dalam negara kita yang sepatutnya lebih kerja kuat sebab al-Quran sunnah itu telah berada. Kita telah dilahirkan dalam konteks born-Muslim. Jadi ini saya kira bukan lagi penghujahan salah pemerintah, salah salah kitab tetapi kitalah yang menentukan rakyat kerja kuat kita, keazaman kita proses seterusnya untuk membangunkan. Dan tak dapat tidak untuk kita belajar juga sebenarnya daripada negara bukan Islam. Dan alhamdulillah selain juga saya sebut saya mengaji ni bukan mengaji dengan orang Jepun saja sebab saya punya sensei adalah Japanese Muslim graduate daripada al-Azhar. Maka saya mengaji daripada Japanese dan Islam. Selain bab sense selalu saya aa sensei saya ni selalu cakap dia kata antara dilema besar born-Muslim ni mula-mula saya tak setuju. Tapi lama-lama tu saya setujulah apa dia dia kata they don't read Islam. They don't read Islam. Mereka tidak baca Islam. Mula saya tak setuju sebab kita kan. Akhirnya bila kita tengok yalah bila saya sendiri tengok akhirnya saya bersetuju. Kitab itu hanya sekadar satu amalan ritual tetapi tidak dari sudut praktikal. Tu yang saya berbebesar hati Allah Taala menetapkan untuk saya berhubung langsung dengan pihak Jepun ini. Bukan hanya orang Jepun tapi juga orang Islam yang membaca Islam. Saya betul. Sebab tu ada kata-kata orang bukan Islam dia tak baca dan dia tak faham pun al-Quran dengan hadis tu. Tetapi dia baca kita. Betul. Dia baca setiap orang Islam ni bagaimana wataknya tu, perangainya tu kan. Kita fokus kepada tajuk kita ni. Pusing ketiga ni. Mungkin Dr. nak sambung sikit sebelum kita pergi pada kesimpulan tentang konsep halalan tayiban menelusuri amalan Malaysia dan Jepun. Dr. Hakimi

Seperti yang saya dah sebutkan tadi, saya sangat berharap dan sebenarnya kita sedang berusaha ke arah untuk menjadikan satu kerjasama antara negara kita dengan negara Jepun. Kita sedang usahakan mungkin dengan penglibatan langsung IKIM agar kita dapat menonjolkan model kepada negara-negara Islam dan negara-negara bukan IslamEkonomi halal yang berteraskan halalan tayiban tu tadi kita harus cari, kita harus cedok di mana itu dan baik. Dan bukan bermakna saya ingin menyatakan Jepun harus memimpin. Tidak. Malaysia harus memimpin kerana negara ini adalah negara yang saya kira mungkin ada barakah dan karamahnya. Kita tidak ada seperti Jepun yang ada tsunami, ada gunung berapi, ada gempa bumi setiap minggu. Kita tidak ada begitu. Kita ada dianugerahkan Allah swt anugerah sumber alam Jepun tidak ada. Jadi mungkin dengan amalan baik yang boleh kita belajar daripada negara Jepun ini memperkukuhkan lagi ekosistem standard yang ada dalam negara kita agar kerjasama itu dapat menjadi model baik terbaik the best practice kepada negara Islam dan juga negara bukan Islam. Maknanya bila ada lagi selepas ini kerjasama itu tadi logo JAKIM itu tadi dah tidak ada keraguan. Tidak ada keraguan. Cuma adakah hanya sekadar JAKIM berperanan? Ini persoalan seterusnya. Kita harus melihat dengan lebih mendalam peranan-peranan yang disatukan di dalam negara kita dengan kerjasama pengamatan daripada negara pihak-pihak yang lebih baik daripada kita untuk kita belajar dan kita susun semula. Itu yang akhirnya saya sebutkan tadi sifatnya harus melengkapi untuk menyempurnakan secara relatif dan akhirnya boleh bersaing dengan agenda global yang benar-benar dapat memberi manfaat kepada masyarakat dunia.

Analisis & Ulasan 

  1. Apa yang menarik dengan perbahasan ini adalah, diperingkat awal panel mempasakkan bahawa dalam konteks ekonomi halal, hujung pangkalnya adalah kembali kepada Ayat al-Quran Surah al-Baqarah 168. Dengan kata lain, ekonomi yang nak dikaitkan halal mestilah tunjangnya agama. 
  2. Pada bahagian kedua, panel menyebutkan tentang perbezaan polisi di antara Malaysia dengan Jepun. Pada satu sudut, Malaysia terinsiprasi dengan pembaharuan yang berlaku di Jepun di mana mereka membangunkan negara selepas kekalahan perang dunia kedua melalui "Dasar Pandang ke Timur". Di sini, sepengetahuan saya, dasar ini diperkenalkan ketika Mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir pada tahun 80-an/90-an dahulu. Cuma apakah ia masih diteruskan lagi sehingga kini (?). Selain itu, Malaysia walaupun inspired dengan Jepun, tetapi perjalanannya panjang kerana Malaysia banyak dijajah kuasa Barat. Dengan kata lain, banyak prinsip, polisi, sistem terpengaruh dan terkesan daripada Barat. Tidak seperti Jepun yang tidak dijajah secara fizikal atau massa dengan kuasa barat di tanah air mereka. Namun, better late than never. Dasar pandang ke timur pun sudah banyak memberikan kesan baik kepada Malaysia, dan kerana itu Tun Dr Mahathir dikenali ramai pihak khususnya global sebagai tokoh yang drastik merevolusikan dasar pembangunan di Malaysia. Dan di sini saya berpandangan bahawa panel cuba membawakan idea iaitu memberikan nafas baru atau seruan baharu dengan semangat yang sama iaitu melalui pembawakan apa yang disebut sebagai ekonomi halal. 
  3. Pada perenggan ketiga, panel memberikan perbandingan model Malaysia dengan Jepun berkaitan ekonomi halal ni bahawa Malaysia: (1) menginstitusikan halal, (2) membuat halal sebagai sistem berasaskan nilai; sebaliknya Jepun adalah berteraskan kepada tumpuan pasaran. Jepun berminat sebab ada permintaan (ada sumber jana ekonomi) dan mereka mengambil perhatian untuk betul-betul masuk dalam sektor halal. Kemudian, panel juga menekankan bahawa konsep halalan tayyiban ini sebagai satu sistem yang bersekali, bukan terpisah-pisah. Saya fikir begini, kalau di Malaysia pun, memang ada pemisahan disebabkan wujudnya akta dan punca kuasa (yang membawa kepada bidangkuasa) sebagai contoh JAKIM, KKM tetapi mungkin maksud panel di sini adalah pematerian konsep halal-tayyiban ini kena disekalikan sebagai satu bentuk sistem normatif
  4. Perenggan keempat adalah antara poin yang menarik di mana panel menyebutkan tentang empat teras kepada sistem ekonomi halal normatif iaitu: (1) beretika dalam pengeluaran, (2) beretika dengan alam sekitar, (3) keadilan sosial dan (4) urus tadbir yang transparent/telus. Panel tegaskan bahawa ini perlu diterapkan dalam masyarakat. Mungkin persoalan disini, bagaimana untuk diterapkan? Kerana pada pandangan saya, hatta pemahaman tentang halal, pensijilan, dan tengok kepada tren isu semasa di media sosial, masih ramai lagi yang belum betul-betul faham tentang hukum, dan perbezaan antara hukum-dan pensijilan, tidak kurang juga pemahaman halal di takuk lama (zaman milenium). Sedangkan, program, governans Malaysia boleh dikatakan mantap sekarang, tetapi something somewhere is missing. Mungkin immediate key people untuk empat teras ini adalah pemain industri/pekerja-pekerja Muslim dalam industri lebih sesuai dan cocok. 
  5. Perenggan kelima, panel menyebutkan bahawa di Malaysia, halal adalah governement centric. Dan beliau berpandangan memang bagus sistem begini. Saya juga bersetuju dan kita telah diperakui pun bahawa, Malaysia dihormati dan dipandang tinggi halalnya kerana dikawalselia oleh Kerajaan Sendiri, dan ini lebih advantage berbanding NGO yang kelola yang mungkin terdedah dengan berbagai cabaran, risiko salahlaku dan sebagainya. 
  6. Kemudian, poin menarik panel memberikan pandangan adalah istilah yang disebut Functional Halal. Ditakrifkan sebagai: Halal yang berfungsi dan diserlahkan melalui konsep tayyiban/kualiti yang baik. Ini pada panel, adalah realiti yang perlu difahami bagi uruf Jepun dalam melihat halal. 
  7. Seterusnya, antara poin killer yang panel bawakan adalah cabaran kalau kita nak berjaya deliver halal ekonomi di Jepun adalah bagaimana untuk kita dapat memahami Operational Excellence yang sememangnya menjadi cara kerja sebati dengan budaya kerja Jepun. Sebab mereka mampu buat sesuatu polisi atau prinsip di mana 'tak perlu agama' pun semua orang boleh laksanakan dan jadi terbaik; bahkan memang terbukti pun. Ini satu cabaran besar kerana perihal ini bukanlah sangat digerakkan atas dasar sekularisme macam barat, tapi lebih kepada mereka (orang Jepun) sendiri susun disiplin itu menjadi terbaik tetapi tiada dasar agama. Jadi panel memberi cabaran, macam mana dengan ekonomi halal ini, kita nak bagi lebih hebat dari pada itu, kerana sewajarnya orang Islam lebih terkehadapan sebab kita ada Quran dan Sunnah yang menyuruh dah kita pun!
  8. Poin menarik yang bersifat revolutionary di bawa oleh panel ialah dia nak bawa satu framework iaitu Halal economy framework yang bersifat universal ethical. Dengan kata lain, dia tidak bersetuju bahawa al-Quran & Sunnah digunakan pada perbuatan ritual semata-mata, tetapi go down to nilai. Cuma, bila telusuri di penghujung sesi, panel jelaskan bahawa pembangunan ini masih di dalam usaha untuk dibangunkan/belum dibangunkan lagi. Cuma itulah, bila sebut soal nilai, dan kita nak menjadikan masyarakat kita itu sekuat jati diri macam anak Jepun berumur 7 tahun (seperti yang dicontohkan panel dalam ulasan beliau), di mana kita nak mula? Apapun, poin-poin yang diberikan panel semuanya sangat menarik dan membuka minda. 

(Transkrib) HALAL PROFESIONAL – “TENTANG PENSIJILAN HALAL” | HALAL PROFESIONAL

Pautan: https://www.youtube.com/watch?v=_U7NVGyDbXg Panel: Dr Mohd Aina Khotib *Perhatian: Transkrib telah disunting dan diedit untuk kese...