Pautan: https://www.youtube.com/watch?v=_U7NVGyDbXg
Panel: Dr Mohd Aina Khotib
*Perhatian: Transkrib telah disunting dan diedit untuk kesesuaian
Terima kasih bersama untuk meluangkan masa dengan saya dan juga para pendengar, para penonton IKIMfm petang ini untuk
kita kongsi tentang tajuk yang penting berkenaan dengan pensijilan halal. Baik Dr.,
kita nak terus saja di awal ini: bila sebut tentang pensijilan halal semua orang
tahu itu penting sebenarnya. Tetapi mungkin sesetengah pemain-pemain
industri kata - "susahnya nak dapatkan pensijilan halal ini." Nak dapatkan pengiktirafan
halal ini macam-macam proses, macam-macam borang, macam-macam pemeriksaan
demi pemeriksaan dilakukan untuk diberikan pengiktirafan ataupun sijil halal itu.
Jadi kita nak tanyalah: serumit mana nak dapatkan sijil halal ini? Sebab ramai
yang beralasan kenapa tak ada sijil halal kerana susah sangatkan proses tu,
macam renyah sangat; susah sangat. Jadi kita nak terus tanya di awal ini apakah
itu pensijilan halal Dr Aina?
Berbalik kepada soalan yang yang diajukan
oleh DJ Siti tadi, apa yang dimaksudkan dengan pensijilan halal - pensijilan
halal ini adalah satu dokumen/ dokumentasi yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa
berwibawa yang mengesahkan bahawa sesuatu produk ataupun perkhidmatan yang
dikeluarkan itu adalah halal mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Kalau
kita lihat pihak apa yang dimaksudkan dengan pihak berkuasa berwibawa, di
Malaysia ini JAKIM dan JAIN adalah pihak berkuasa berwibawa. Yang akan
memperakukan dan meluluskan permohonan pensijilan halal. Kalau kita di Malaysia
memang JAKIM-lah yang kita tahu. Memang halal kita diuruskan oleh JAKIM.
Bagaimana pula di luar negara? Kalau kita lihat di luar negara, ia diuruskan
oleh badan-badan pensijilan halal negara tersebutlah yang mana JAKIM telah
mengiktiraf hampir 86 badan pensijilan halal luar negara daripada 48 buah
negara. Kita lihat kenapa pentingnya pensijilan halal? Kenapa ada yang mohon,
ada yang tak mohon? Betul, bila kita lihat pensijilan halal ini sebelum kita
nak mohon tu, kita kena tengok dululah syarikat tersebut layak ataupun tidak. Kita
nak dapatkan persijilan halal ini - ia memberi satu definisi bahawa produk
tersebut yang kita hendak, yang kita hendak makan ke, yang kita hendak pakai, yang kita hendak guna ke, dia memberi jaminan bahawa produk tersebut halal, boleh diguna
pakai oleh orang muslimlah; orang Islamlah. Kenapa pentingnya kepada pensijilan
halal? Hanya Syarikat yang mohon pensijilan halal sahaja ataupun industri yang
mohon pensijilan halal sahaja yang boleh mengguna pakai logo halal. Maksudnya,
kalau dia tak mohon, dia tak mohon pensijilan halal Syarikat kalau dia tak
mohon pensijilan halal tetapi dia mengguna pakai logo halal pada produk dia. Jadi,
ianya sebagai logo palsulah dan boleh diambil tindakan. Jadi, kalau sesebuah syarikat tersebut nak mengguna pakai logo halal pada produk, dia jadi wajib
untuk dia memohon pensijilan halal.
Berbalik kepada yang tadi saya
sebutkan: bila dengan adanya logo halal tadi, ia memberi definisilah kepada
kita sebagai pengguna, kita sebagai publik/ orang awam yang mana bukannya semua
ingredient (bahan ramuan/kandungan) yang kita faham. Kalau kita beli produk A, kalau kita tengok dekat
ingredient tu tak semua ingredient yang kita fahamlah. Kadang-kadang dia pakai
istilah-istilah yang kita pun sukar nak faham. Jadi dengan logo halal tadi dia
memberi jaminanlah. Saya sendiri pun kalau saya lihat produk itu sudah ada logo
halal, halal Malaysia ke ataupun halal luar negara ke, dia memberi keyakinanlah
kepada kita untuk kita nak (beli). Kalau kita lihat, bagi syarikat-syarikat, industri
yang mohon pensijilan halal dia kena patuhlah. Dia tak bolehlah bila sudah mohon, sudah dapat so okeylah (untuk tak ikut peraturan)- tak. Maksudnya dia nak langgar peraturan ke apa -
tak boleh. Once, bila dia sudah dapat
persijilan halal, dia kena ikutlah garis panduan yang telah dikeluarkan yang
mana antara rujukan utama dalam pensijilan halal antaranya Manual Prosedur
Pensijilan Halal Malaysia ataupun ringkasan dia MPPHM. Kita juga ada standard
Malaysian (MS) dalam halal dan bila kita bercakap berkenaan halal ini actually
halal ini bukan hanya kepada makanan sajalah. Halal ni sangat meluas. Kita
ada di Malaysia pun dalam skim pensijilan halal ada sembilan skim. Bukan hanya
produk makanan, bukan hanya premis makanan, tetapi kita ada juga farmaseutikal/
produk farmaseutikal, kita ada juga kosmetik, kita ada juga rumah sembelihan,
kita ada juga logistik, perkhidmatan logistik dan kita ada juga peranti
perubatan, barang gunaan dan juga pengilangan kontrak. Kita ada sembilan skim
pensijilan. Jadi yang mana syarikat-syarikat industri yang mohon pensijilan
halal tadi, dia mestilah bertanggungjawab untuk mematuhi garis panduan
tersebut. Itulah pentingnya kepada kita. Bila kita sudah ada, sudah dapat, kita
kena patuh.
Okey ada risiko tak sesuatu pensijilan
halal yang telah diberikan kepada mana-mana pemain industri syarikat ke, kilang
ke, akan ditarik balik? Andailah, sebab nak dapat tu bukan main. Dia patuhi
segala prosedur syarat-syaratnya. (Tetapi apabila) Sudah dapat, tiba-tiba katakan selepas 6 bulan atau selepas setahun, pihak yang memberikan sijil halal itu macam JAKIM ke kan
datang buat spot-check. Tengok dia maintain ke tidak dia punya standard
halal tu, kebersihan, dari segi kualiti. Tiba-tiba sudah tak capai macam
mula-mula dulu. Ada tak risiko untuk ditarik balik setelah diberikan sijil
halal itu kepada mana-mana pemain industri?
Memang adalah risiko tersebut. That's
why kita memang dalam MPPHM pun, dalam manual prosedur pensijilan halal
Malaysia pun dia ada – maksudnya: (dinyatakan di dalamnya berkenaan) kesalahan-kesalahan kecil, kesalahan-kesalahan
besar. Kesalahan-kesalahan yang melibatkan teknikal ke, kesalahan-kesalahan yang
melibatkan isu syariah ke. Jadi, benda itu boleh ditarik baliklah. Dia based
on /bergantung jugalah kepada apa kesalahan yang dibuat. Maksudnya, bukan
bermaksud bila dia dapat sijil halal ni so sampai bila-bila dia akan dapat - tak.
Kalau dia tak maintain dia actually kena renew (perbaharui), dia kena renew
macam produk makanan - dua tahun, kalau kosmetik atau farmasutikal 3 tahun, kalau
rumah sembelihan setiap tahun kena renew. Jadi waktu nak renew tu akan ada
audit pulalah. Akan ada audit pula. Jadi maksudnya kalau dia ada benda yang
ketidakpatuhan atau ketidakakuran berlaku, maka isu nak tarik balik itu memang
bolehlah kalau kalau melibatkan kesalahan-kesalahan besar, contohnya.
Kebanyakan kalau mula-mula
dulu pensijilan halal ini diperkenalkan setahu sayalahkan, banyak yang minta ini
ialah pemain industri di kalangan orang bukan Islam. (Manakala) yang Islam ini sedikit
sangat yang minta. Sekarang ni macam mana dah ramai ke yang di kalangan
pengusaha/perniagaan orang Islam yang meminta halal?
Kalau untuk permohonan pensijilan halal actually
kita boleh check juga. Kita boleh tengok dalam laman web halal
directory. Kita boleh tengok di sana syarikat-syarikat yang mohon pensijilan
halal. Maklumat yang saya adalah setakat ni: kalau purata hampir lebih kurang
dalam 10,000 syarikatlah yang pohon pensijilan halal. Itu maklumat yang dapatlah.
Kalau silap, betulkanlah, kalau ada kesilapan. Jadi di situ kita lihat maksudnya
masih kita cubalah untuk nak meningkatkan lagi meningkatkan lagi permohonan
pensijilan halal. Yang mana daripada jumlah tadi tu lebih kurang 60 ke 70%
memang pemegang pensijilan halal adalah daripada kalangan non-muslimlah.
Masih lagi ya, (syarikat) kalangan bukan Islam Muslim yang menjuarai dari segi memohon untuk mendapatkan pensijilan halal ini. Baik, kita nak tahu juga ini tadi dah sebutkan tentang ada berapa jenis sijil halal ni; katanya ada sembilan skim ya. Jauh beza tak kita dari segi bidang siji halal: kita sembilan skim sembilan kategori, kalau di luar negara di peringat antarabangsa jauh tak mungkin perbezaan daripada kita?
Dia actually setiap negara tu dia berbezalah. Dia bergantung kepada masing-masinglah negara tersebut. Tapi kalau untuk negara kita, kita ada sembilan skim tadilah jadi bila kita nak mohon persijilan halal tu kita, tengoklah kita di bawah skim yang mana.








