Perhatian: Terdapat sedikit suntingan dan olahan dibuat untuk memfokuskan kepada intipatinya sahaja.
KONSEP HALALAN TAYIBAN MENELUSURI AMALAN MALAYSIA DAN JEPUN | HALAL PROFESIONAL - IKIMfm
Pautan: https://www.youtube.com/watch?v=QK33_k994Ok
Panel: Prof. Madya Dr. Muhammad Hakimi Mohd Shafai (UKM)
Oleh kerana itu maka saya terdetik untuk
membincangkan di dalam ruangan halal profesional Ikim FM ini. Saya tajuk khas
kita bawakan untuk konsep halalan tayiban menelusuri amalan Malaysia dan Jepun.
Di awal ni apa yang Dr. maksudkan dengan
tajuk ni?
Sekali lagi terima kasih yang seperti Siti
sebutkan tadi betul halalan tayiban adalah satu perkara yang menjadi
premis utama dalam kita membincangkan halal, industri halal, ekonomi halal dan
sebagainya. Berpaksikan kepada ayat suratul Baqarah 168 yang mana kalau
kita cerakinkan ayat ini adalah seruan kepada seluruh manusia. Ya ayyuhannas
kepada seluruh manusia; makanlah apa yang ada di dalam muka bumi ini. Kullu
mimma fil ard halalan tayyiban. Itu premisnya halalan tayiban. Dan wala
tattabiul khutwati syayatin. Maknanya tidak mengikut apa yang jalan ataupun
pathway yang ditelusuri oleh syaitan. Kerana sesungguhnya syaitan itu
adalah musuh yang nyata. Saya jadi di sini bila kita cuba membincangkan tentang
konsep halalan tayyiban ini adalah dan tajuk kita yang lebih kita
spesifikkan dari sudut hubungan antara apa yang dibuat di dalam negara kita
Malaysia ya dengan apa yang dibuat oleh Jepun.
Dua negara yang sifatnya sangat berbeza. Kenapa
saya ingin membangkitkan Jepun? Bukan hanya sebab saya mengaji di sana tetapi
juga kalau kita tengok polisi negara ini. Polisi negara ini, negara kita yang
telah meletakkan dasar pandang ke timur. Kerana apa? Selama ini banyak
beratusan tahun kita dijajah oleh Barat. Maka kita banyak kepada polisi yang
mengarah ke barat; westernization, Americanization. Apabila Jepun telah
mengalami kekalahan di dalam Perang Dunia Kedua dan maka dari situ mereka
bermulalah era untuk memodenkan negara tanpa dari sudut kekuatan ketenteraan.
Kalau tengok kepada perlembagaan Jepun tidak ada dinyatakan tentang tentera
ini. Army tidak ada langsung. Walaupun kita tahu kekuatan tentera
yang ada ini disokong oleh Amerika di Jepun juga kuat. Maka di situ kita
melihat pemodenan Jepun itu dibuat berdasarkan nilai yang ada selepas
kalahnya dalam peperangan dunia kedua yang mempunyai agenda timur.
Kehalusan timur itu berbeza dengan apa yang ada di barat dan daripada situ kita
melihat Jepun adalah negara Asia pertama yang mencapai pemodenan. Tidak
pernah terbayang pemodenan ini dicapai oleh negara di bahagian timur di Asia.
Maka dari situ kita melihat banyak perkara yang boleh dibelajar khususnya dalam
konteks halal ini, ekonomi halal ini.
Saya melihat konsep halalan tayiban ini untuk ruangan yang pertama ini adalah dari sudut kita melihat rangka kerja ekonomi halal itu yang sifatnya normatif. Normatif bermaksud dengan nilai. Kerana Malaysia sebagai salah sebuah negara majoriti Islam telah meletakkan penginstitusian ekonomi halal ini melalui dasar yang jelas. Dasar halal yang telah ditetapkan melalui peranan JAKIM di dalam negara kita melalui kawal seliaan oleh Menteri Agama. Dan kita melihat juga Jepun yang bukan negara Islam tetapi mempunyai satu motivasi untuk mempraktikkan halal ini dalam konteks tumpuan pasaran. Bila pasar ini bila ada permintaan pastinya ada penawaran. Jadi daripada situ Jepun cuba masuk dari sudut memenuhi permintaan itu tadi dengan nilai. Nilai Jepun yang saya sebutkan tadi berbeza dengan nilai yang ada di di Barat termasuk juga negara kita. Jadi kalau kita menggembelingkan konsep halalan tayiban ni, saya selalu ulang perkataan ini. Kita mungkin di negara kita mungkin dan juga di negara-negara bukan Islam yang lain melihat halal halal itu satu, tayiban itu satu. Sedangkan ianya adalah satu perkara yang harus disekalikan berdasarkan nas Surah al-Baqarah 168 tu tadi.
Maka dengan sebab itu bila kita sebut halalan tayiban dengan menusuri amalan apa yang ada di dalam negara kita dan juga apa yang ada di dalam negara Jepun sekurang-kurangnya. Ada empat terasnya. Yang pertama ialah dari sudut beretika dalam pengeluaran ekonomi halal; beretika dalam pengeluaran. Production ethics. Mungkin ada isu orang membuat kritikan penyembelihan itu binatang haiwan yang berdasarkan sembelihan halal itu satu kezaliman. Tapi kalau diselidiki dengan lebih mendalam, ianya lebih memberi keamanan kepada haiwan itu. Secara saintifiknya itu antara benda yang selalu dibincangkan. Yang pertama. Yang kedua kalau kita lihat ialah dari sudut kelestarian termasuklah pemerkasaan alam sekitar ini. Kalau orang buat betul kilangnya halal tapi hasil kimia mungkin daripada kilang itu dibuang ke sungai. Ini juga kita tengok dalam negara kita dan juga negara negara Islam yang lain. Environmental sustainability yang kedua. Yang ketiga ialah dari sudut keadilan sosial. Social justice. Ini juga perlu kita lihat. Sejauh mana masyarakat boleh menerima impak positif daripada production kita, daripada pengeluaran ekonomi halal kita. Yang ketiga, dan yang terakhirnya pastinya yang selalu juga disebut adalah dari sudut a tadbir urus, governans dan juga transparent transparency.
Jadi empat tonggak inilah
yang saya ingin hujahkan menjadi satu rangka kerja ekonomi halal yang
sifatnya normatif. Normatif sifatnya mempunyai norms, social norms,
religious norms. Apa yang dipraktikkan di kalangan masyarakat yang bukan
hanya melihat ianya adalah satu perkara yang spesifik dan diberi keutamaan
kepada orang Islam semata-mata. Bila kita kata halal yang tadi dan sesuai
dengan saya sebutkan di awalan tadi, ya ayyuhannas. Maknanya seruan ke
arah memakan perkara yang halal yang dibenarkan dan tayib. Dibenar dan baik. Apa
saja tafsiran terjemahan yang dibuat tapi ianya mesti dilihat sebagai satu
pakej. Dan akhirnya membawa kepada kebaikan kepada seluruh umat manusia. Bukan
hanya kepada orang Islam ataupun orang mukmin saja.
Kita Malaysia dan Jepun kategori Asia
tetapi ada banyak beza antara Malaysia dan Jepun. Apa perbezaannya tu Dr? kalau
kita respon antara dua ini tadi, betul. Sama tak serupa?
Sama tak serupa. Betul. Jepun pernah 3 tahun lebih kurang menjajah Tanah Melayu. Tetapi selepas itu mereka bangkit seperti yang saya sebutkan di awalan tadi. Dalam konteks perbincangan kita ekonomi halal ini, negara kita Malaysia telah menginstitusikan konsep halalan tayiban ini. Pembuktiannya boleh kita lihat daripada pensijilan JAKIM itu. Betul. Persijilan JAKIM itu adalah satu refleksi kepada konsep halalan tayiban. Buktinya kita ada bukan hanya cerita penyembelihan. Kita ada MS Malaysia standard. Ada kawalan dari sudut kawalan mutu dari sudut semakan makmal. Ada juga dari sudut bagaimana penginstitusian itu yang akhirnya ingin saya simpulkan membawa kepada bagaimana pihak kerajaan ataupun pemerintah a government late top down approach. Maknanya ada satu dasar yang ditetapkan oleh kerajaan untuk memperkasakan ekonomi halal yang mana dasar itu telah diikuti dan disambut baik dengan rakyat. Sama ada rakyat itu orang Islam ataupun bukan Islam. Kalau kita tengok pengeluar ianya diterima baik oleh pengeluar bukan Islam. Bukan hanya orang Melayu orang Islam saja. Kita lihat penginstitusian konsep halalan tayiban dalam negara kita ini sangat bersifat government centric. Sentriknya datang daripada pihak pemerintah dan ianya diinstitusikan melalui pensijilan. Itu bukti yang jelas untuk kita tengok. Bukan hanya cerita sebab itu oleh kerana itulah persijilan JAKIM Malaysia ini diterima dengan baik memenuhi piawaian pihak global. Itu perbandingan utama dalam konteks negara kita. Negara kita ini adalah negara yang majoriti orang Islam. Tidak perlu kita debatkan antara Malaysia ini negara Islam atau bukan Islam. Jadi di sini bukan ruangannya. Jadi kita harus meletakkan yang Malaysia sebagai satu negara Islam yang progresif melalui pembangunan ekonomi.
Saya selalu berhujah juga dalam satu pembaharuan ketamadunan Islam pada masa kini ianya harus dibuat melalui pembangunan ekonomi dan negara kita telah pun menunjukkannya dan pastinya melalui ekonomi halal. Malaysia dan di sebaliknya dalam konteks Jepun bukan seperti negara kita pemerintahnya tidak ada langsung satu dasar yang spesifik tentang agama ini. Kalau kita nak bahasa mudahnya mungkin kita boleh anggap sebagai satu negara sekular. Dan pembangunan itu adalah satu yang kalau kita nak kaitkan dengan konsep halalan tayiban itu adalah satu yang berteraskan pasaran. Berteraskan perasaran yang disesuaikan dengan konsep halal itu. Maknanya apa saja permintaan yang ada di dalam pasar, kalau permintaan itu ke arah untuk membuat pasaran haral, maka mereka akan sediakan. Saya dapat bayangkan perbezaan yang cukup berbeza antara sewaktu saya pengajian PhD di Jepun tahun 2009 hingga 2012. Susah nak jumpa kedai halal ni, kedai restoran halal ni. Sekarang ini di mana-mana ada saja apps dan saya kira itu bukan hanya dari sudut kesedaran tetapi juga dari sudut memenuhi pasaran. Itu yang saya sebutkan tadi. Dan kalau kita lihat isu yang melanda dari sudut islamofobia menyebabkan negara seperti Jepun, Taiwan, Korea termasuklah Cina mempelopori ataupun mempromosikan agenda halal ini. Orang Arab datang ke Malaysia mungkin tidak ada isu untuk halalnya. Sepertimana kita juga ke negara Arab tidak ada isu halalnya.
Jadi dalam perkataan yang mudah ialah apa yang saya ingin
sebutkan konteks halalan tayiban bagi negara Jepun adalah satu yang sifatnya functional halal. Halal
yang berfungsi yang dan menyerlahkan konsep tayib itu. Menyelahkan konsep
tayyib itu iaitu dari sudut kualiti yang baik. Jadi kalau kita selalu
sebutkan kalau made in Japan tu dah paling tinggilah tu ya. Compared
to made in negara-negara lain kan. Betul. Jadi made in Jepun itu sudah ada
satu trustability kebolehcayaan itu tinggi. Jadi kalau kita lihat Made
in Japan itu mempunyai satu kepercayaan kepada ketinggian nilai dan mutu,
maka di situlah kita lihat konteks tayiban itu telah diangkat secara
implisit. Secara implisit mahupun eksplisit melalui konsep halal itu
tadi. Jadi apa yang kita bandingkan ini tadi adalah dua konotasi halal konotasi
yang sama iaitu halalan tayiban ini cara Malaysia menginstitusikan
konsep itu misalannya dalam konteks pensijilan dan cara Jepun
mempraktikkannya dalam sistem pasar dan akhirnya dan akhirnya kita dapat
melihat penghujahan akhirnya mungkin saya akan sambung nanti ialah bagaimana penggambungan
model ini boleh menonjolkan satu amalan terbaik.
Amalan terbaik yang boleh diserlahkan untuk
amalan baik dalam global. Itu penghujahan akhir yang ingin saya bawa
dalam ruangan pada petang ini. Apa saja yang baik yang boleh Malaysia belajar
daripada cara Jepun dan apa saja amalan yang dibuat oleh Jepun itu boleh digunakan
secara universal kepada orang-orang Islam yang lain dan juga orang-orang
bukan Islam. Jadi itu segala perbandingan untuk kita lihat bagaimana tajuk
halalan tayiban dengan dua negara ini tadi. Dan akhirnya secara peribadinya
saya ingin melihat bagaimana konsep halalan tayiban ini dapat diserlahkan
dengan satu amalan yang tepat. Ini yang saya selalu juga ulang-ulang
sebut halal dah baik dah kan? Ayam sembelih tu dah baik dah. Tapi pemprosesan
ayam itu kadang-kadang tidak mencapai kualiti, busuk dan sebagainya. Orang
makan sakit perut. Bukan salah ayam sembelih. Salah kita proses. Tapi
kalau proses baik, tayib tetapi tidak sembelih baik pun tak lagi tak
boleh makanlah. Betul. Ini yang er saya rasa ada dikotomi ataupun dilema
yang berada dalam polemik hari ini agar kita dapat mencapai satu standard
global yang diterima well accepted diterima dengan baik dan
menyerahkan kebenaran yang ada di dalam
ayat 168 al-Baqarah itu tadi.
Bila kita tengok semangat orang Jepun ni
tinggi sangat. Pengamatan Dr. sepanjang belajar di sana dan kerap ulang balik
ulang balik ke Jepun. Dari mana datangnya semangat jitu orang Jepun yang tinggi
sehinggakan memang dunia apa-apa sikit menuju pada Jepun dalam banyak perkara?
Ini saya punya pandangan dan pemerhatian.
Saya kira untuk respon secara jujurnya menerusi pengalaman saya kerana mereka
telah merasai susah dan sukar kekalahan itu tadi. Negara kita juga yang
sama. Mereka menyerang Amerika, menyerang negara lain dengan andaian dan
pegangan menyatakan perang itu boleh mereka menjadikan Jepun itu negara yang
berkuasa dan apabila telah diserang maka di situlah bermula. Itu yang pertama
kita tak lalui. Jadi kita boleh nampak tahun 50-an kekalahan perang dunia yang
kedua tu tadi. Saya sudah sebut di awalan tadi.
Yang kedua ini pengalaman saya sendiri
tahun 2011 Fukushima. Pengalaman dia Fukushima yang tsunami besar dan
menyebabkan kebocoran nuklear. Di situ yang sama. Saya cukup terkejut apabila
semangat yang ada budak; saya kira mungkin umur tujuh tahun sekolah rendah dia
cakap dalam televisyen, dia kata: “walaupun kita sekolah kita telah pun
musnah, rumah kita musnah, mari kita belajar kerja kuat untuk bangunkan semula.”
Akibat kesukaran dan kekalahan kalau dari sudut perang itu tadi menjadikan
mereka bangun. Dan mereka memegang kepada segala-galanya atas nama Jepun. Jadi
itu yang saya kira menjadikan mereka itu satu yang mungkin tak ada di tempat
lain. Ini dah lemah yang mungkin ada negara barat akibat kemajuan maka mereka
menjadikan negara mereka ke arah kebajikan. Jadi tidak perlu kerja. Kenapa
perlu kerja? Kerana sudah ada pemerintah sediakan allowance. Jadi
kepayahan itu sebenarnya menjadikan orang lebih bersemangat untuk membangunkan.
Sesuai juga dengan nas Surah Alam Nasyrah kan selalu dibaca selepas
kesukaran adanya kesenangan. Jadi itu semangat yang saya kira ada dan
menjadikan Jepun tu satu model yang saya seperti yang saya sebutkan tadi satu
polisi negara kita sendiri ingin tengokkan.
Saya ingat saya nak tanya soalan seterusnya
ni. Jawapannya tu mungkin nak lepas on air tetapi saya rasa kalau saya
tanya sekarang kalau mungkin ada sensitiviti tentang sini ya mungkin ada tetapi
kenapa tidak kalau disebutkan juga jawapan itu dapat menjadi bahan fikir-fikir
kita bersama. Malaysia juga mengalami penjajahan yang lama sepertimana negara
Jepun tetapi kenapa dari segi kemajuan, dari segi fokus untuk berdaya tinggi tu
bukan kita tak ada tapi kita Malaysia ada cara Malaysia, Jepun cara Jepun. Dr.
rasa kenapa Malaysia begitu?
Saya rasa mungkin kita telah berada dalam
satu konteks selesa. Kita berada dalam satu yang semangatnya. Kalau kita
tengok negara kita selepas kita merdeka semangatnya semangat pemimpin awalan
negara kita nak membangunkan negara membantu rakyat. Tak ada jalan, disediakan
jalan. Tak ada jambatan, dibuat jambatan. Tak ada bilik air, dijadikan bilik
air; jadi dibangunkan oleh pemimpin negara kita. Itu sebab saya sebutkan tadi
dalam konteks halal. Kita adalah negara yang sangat bersentrikkan pemerintah.
Jadi sekarang ini adalah ini yang kalau kita terlalu negara kita ini terlalu
berharapkan kepada kerajaan pemerintah maka adakah kita ke arah menuju ke arah
negara yang sifatnya perancangan pusat ataupun komunis? Itu soalan
seterusnya. Bukan sekali lagi harus difikirkan dari sudut teori ekonominya
kerana sebelum ini penetapan oleh kadar pasar itu telah menyebabkan kemajuan
itu berlaku. Tetapi negara China yang sebelum ini negara komunis telah membuktikan
yang perancangan pusat itu juga boleh menjadi moden. Jadi sekarang ini
persoalannya akhirnya untuk respon yang lebih spesifik akhirnya apa saja model
oleh pemerintah itu bukan pokoknya pada pandangan saya; pokoknya rakyat
tu tadi. Kalau pemerintah cara A rakyatnya mengikut dengan nilai yang
tinggi, maka jadi kalau B kedua-dua modelya kita dah nampak kan dibuat cara B
rakyatnya juga mengikut dengan baik, mengangkat dengan baik negara ini maka
ianya juga akan jadi. Jadi itu yang menjadi persoalan yang saya kira perlu rakyat
negara ini berfikir-fikir juga.
Dalam konteks halal ini tadi saya ingin menyebut daripada persoalan yang Siti tanyakan tadi ialah kedua-dua model ini boleh membawa kepada ke arah satu saling lengkap melengkapi dan bukan sifatnya bersaing. Saya bagi contoh. Kita fokuskan kepada ekonomi halal kita tadi. Malaysia telah meletakkan amalan halal ini tadi yang berteraskan syariah. Okey. Kerana negara kita negara Islam yang pertama. Yang kedua, kita telah meletakkan konsep halalan tayyibat itu secara dengan tepat ya dengan pembuktian persijilan. Dua. Dan yang ketiga telah meletakkan satu standard institusi yang nilaiannya tinggi mencapai piawaian dunia. Itu yang cukup baik dalam konteks negara kita dalam industri ekonomi halal. Dalam konteks Jepun, yang saya sebutkan boleh dilengkapi ni tadi. Yang pertama mereka telah membuktikan dari sudut kecemerlangan dalam konteks operasi. Standard mereka macam lagi baiklah daripada robot. Saya fikirlah mungkinlah kan sebab robot tidak ada akal ihsan tu tadi. Operational excellence. Jadi orang Jepun telah membuktikannya. Yang kedua dari sudut kualiti. Dulu kita awal 80 awal 90-an late 80s made in China ni macam low class. Tapi bila kita pergi tengok kat Jepun Made in China banyak juga sebenarnya. Tapi sebab benda tu dijual kat Jepun maka kualitinya lebih tinggilah orang kata. Dan bila kita guna memang betullah made in China di Jepun tidak sama dengan Made in China di negara tempat kita atau tempat lain. Terbukti itu pun saya dah perhatikan. Dan yang ketiga ialah telah ini yang saya pentingkan, Jepun telah menonjolkan satu yang sifatnya apa yang nak sebutkan sebagai non-religious universal ethics. Tidak ada satu asosiasi yang attach dengan agama tetapi nilaian itu adalah sifatnya universal yang diterima dengan baik. saya.
Jadi itu sebab yang saya ingin highlightkan
dengan menggunakan bila kita tengok halalan tayiban Malaysia Jepun yang mana
saya sebutkan di awalan tadi sebagai satu rangka kerja ekonomi halal yang
tinggi nilai normanya. Universal ethical economic framework - Halal economic framework. Ini yang saya ingin
utarakan di ruangan Ikim FM ini khususnya yang dihoskan dalam halal profesional
ini. Bagaimana profesionalnya kita dengan nilai yang tinggi di dalam negara
kita yang sepatutnya lebih kerja kuat sebab al-Quran sunnah itu telah berada. Kita
telah dilahirkan dalam konteks born-Muslim. Jadi ini saya kira bukan
lagi penghujahan salah pemerintah, salah salah kitab tetapi kitalah yang
menentukan rakyat kerja kuat kita, keazaman kita proses seterusnya untuk
membangunkan. Dan tak dapat tidak untuk kita belajar juga sebenarnya daripada
negara bukan Islam. Dan alhamdulillah selain juga saya sebut saya mengaji ni
bukan mengaji dengan orang Jepun saja sebab saya punya sensei adalah Japanese
Muslim graduate daripada al-Azhar. Maka saya mengaji daripada Japanese
dan Islam. Selain bab sense selalu saya aa sensei saya ni selalu cakap dia kata
antara dilema besar born-Muslim ni mula-mula saya tak setuju. Tapi
lama-lama tu saya setujulah apa dia dia kata they don't read
Islam. They don't read Islam. Mereka tidak baca Islam.
Mula saya tak setuju sebab kita kan. Akhirnya bila kita tengok yalah bila saya
sendiri tengok akhirnya saya bersetuju. Kitab itu hanya sekadar satu amalan
ritual tetapi tidak dari sudut praktikal. Tu yang saya berbebesar hati
Allah Taala menetapkan untuk saya berhubung langsung dengan pihak Jepun ini.
Bukan hanya orang Jepun tapi juga orang Islam yang membaca Islam. Saya betul.
Sebab tu ada kata-kata orang bukan Islam dia tak baca dan dia tak faham pun
al-Quran dengan hadis tu. Tetapi dia baca kita. Betul. Dia baca setiap orang
Islam ni bagaimana wataknya tu, perangainya tu kan. Kita fokus kepada tajuk
kita ni. Pusing ketiga ni. Mungkin Dr. nak sambung sikit sebelum kita pergi
pada kesimpulan tentang konsep halalan tayiban menelusuri amalan Malaysia dan
Jepun. Dr. Hakimi
Seperti yang saya dah sebutkan tadi, saya
sangat berharap dan sebenarnya kita sedang berusaha ke arah untuk menjadikan
satu kerjasama antara negara kita dengan negara Jepun. Kita sedang usahakan mungkin
dengan penglibatan langsung IKIM agar kita dapat menonjolkan model kepada
negara-negara Islam dan negara-negara bukan Islam. Ekonomi halal
yang berteraskan halalan tayiban tu tadi kita harus cari, kita harus cedok
di mana itu dan baik. Dan bukan bermakna saya ingin menyatakan Jepun harus
memimpin. Tidak. Malaysia harus memimpin kerana negara ini adalah negara yang saya
kira mungkin ada barakah dan karamahnya. Kita tidak ada seperti Jepun yang ada
tsunami, ada gunung berapi, ada gempa bumi setiap minggu. Kita tidak ada
begitu. Kita ada dianugerahkan Allah swt anugerah sumber alam Jepun tidak ada. Jadi
mungkin dengan amalan baik yang boleh kita belajar daripada negara Jepun ini
memperkukuhkan lagi ekosistem standard yang ada dalam negara kita agar
kerjasama itu dapat menjadi model baik terbaik the best practice kepada
negara Islam dan juga negara bukan Islam. Maknanya bila ada lagi selepas ini
kerjasama itu tadi logo JAKIM itu tadi dah tidak ada keraguan. Tidak ada
keraguan. Cuma adakah hanya sekadar JAKIM berperanan? Ini persoalan seterusnya.
Kita harus melihat dengan lebih mendalam peranan-peranan yang disatukan di
dalam negara kita dengan kerjasama pengamatan daripada negara pihak-pihak yang
lebih baik daripada kita untuk kita belajar dan kita susun semula. Itu yang
akhirnya saya sebutkan tadi sifatnya harus melengkapi untuk menyempurnakan
secara relatif dan akhirnya boleh bersaing dengan agenda global yang
benar-benar dapat memberi manfaat kepada masyarakat dunia.
- Apa yang menarik dengan perbahasan ini adalah, diperingkat awal panel mempasakkan bahawa dalam konteks ekonomi halal, hujung pangkalnya adalah kembali kepada Ayat al-Quran Surah al-Baqarah 168. Dengan kata lain, ekonomi yang nak dikaitkan halal mestilah tunjangnya agama.
- Pada bahagian kedua, panel menyebutkan tentang perbezaan polisi di antara Malaysia dengan Jepun. Pada satu sudut, Malaysia terinsiprasi dengan pembaharuan yang berlaku di Jepun di mana mereka membangunkan negara selepas kekalahan perang dunia kedua melalui "Dasar Pandang ke Timur". Di sini, sepengetahuan saya, dasar ini diperkenalkan ketika Mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir pada tahun 80-an/90-an dahulu. Cuma apakah ia masih diteruskan lagi sehingga kini (?). Selain itu, Malaysia walaupun inspired dengan Jepun, tetapi perjalanannya panjang kerana Malaysia banyak dijajah kuasa Barat. Dengan kata lain, banyak prinsip, polisi, sistem terpengaruh dan terkesan daripada Barat. Tidak seperti Jepun yang tidak dijajah secara fizikal atau massa dengan kuasa barat di tanah air mereka. Namun, better late than never. Dasar pandang ke timur pun sudah banyak memberikan kesan baik kepada Malaysia, dan kerana itu Tun Dr Mahathir dikenali ramai pihak khususnya global sebagai tokoh yang drastik merevolusikan dasar pembangunan di Malaysia. Dan di sini saya berpandangan bahawa panel cuba membawakan idea iaitu memberikan nafas baru atau seruan baharu dengan semangat yang sama iaitu melalui pembawakan apa yang disebut sebagai ekonomi halal.
- Pada perenggan ketiga, panel memberikan perbandingan model Malaysia dengan Jepun berkaitan ekonomi halal ni bahawa Malaysia: (1) menginstitusikan halal, (2) membuat halal sebagai sistem berasaskan nilai; sebaliknya Jepun adalah berteraskan kepada tumpuan pasaran. Jepun berminat sebab ada permintaan (ada sumber jana ekonomi) dan mereka mengambil perhatian untuk betul-betul masuk dalam sektor halal. Kemudian, panel juga menekankan bahawa konsep halalan tayyiban ini sebagai satu sistem yang bersekali, bukan terpisah-pisah. Saya fikir begini, kalau di Malaysia pun, memang ada pemisahan disebabkan wujudnya akta dan punca kuasa (yang membawa kepada bidangkuasa) sebagai contoh JAKIM, KKM tetapi mungkin maksud panel di sini adalah pematerian konsep halal-tayyiban ini kena disekalikan sebagai satu bentuk sistem normatif.
- Perenggan keempat adalah antara poin yang menarik di mana panel menyebutkan tentang empat teras kepada sistem ekonomi halal normatif iaitu: (1) beretika dalam pengeluaran, (2) beretika dengan alam sekitar, (3) keadilan sosial dan (4) urus tadbir yang transparent/telus. Panel tegaskan bahawa ini perlu diterapkan dalam masyarakat. Mungkin persoalan disini, bagaimana untuk diterapkan? Kerana pada pandangan saya, hatta pemahaman tentang halal, pensijilan, dan tengok kepada tren isu semasa di media sosial, masih ramai lagi yang belum betul-betul faham tentang hukum, dan perbezaan antara hukum-dan pensijilan, tidak kurang juga pemahaman halal di takuk lama (zaman milenium). Sedangkan, program, governans Malaysia boleh dikatakan mantap sekarang, tetapi something somewhere is missing. Mungkin immediate key people untuk empat teras ini adalah pemain industri/pekerja-pekerja Muslim dalam industri lebih sesuai dan cocok.
- Perenggan kelima, panel menyebutkan bahawa di Malaysia, halal adalah governement centric. Dan beliau berpandangan memang bagus sistem begini. Saya juga bersetuju dan kita telah diperakui pun bahawa, Malaysia dihormati dan dipandang tinggi halalnya kerana dikawalselia oleh Kerajaan Sendiri, dan ini lebih advantage berbanding NGO yang kelola yang mungkin terdedah dengan berbagai cabaran, risiko salahlaku dan sebagainya.
- Kemudian, poin menarik panel memberikan pandangan adalah istilah yang disebut Functional Halal. Ditakrifkan sebagai: Halal yang berfungsi dan diserlahkan melalui konsep tayyiban/kualiti yang baik. Ini pada panel, adalah realiti yang perlu difahami bagi uruf Jepun dalam melihat halal.
- Seterusnya, antara poin killer yang panel bawakan adalah cabaran kalau kita nak berjaya deliver halal ekonomi di Jepun adalah bagaimana untuk kita dapat memahami Operational Excellence yang sememangnya menjadi cara kerja sebati dengan budaya kerja Jepun. Sebab mereka mampu buat sesuatu polisi atau prinsip di mana 'tak perlu agama' pun semua orang boleh laksanakan dan jadi terbaik; bahkan memang terbukti pun. Ini satu cabaran besar kerana perihal ini bukanlah sangat digerakkan atas dasar sekularisme macam barat, tapi lebih kepada mereka (orang Jepun) sendiri susun disiplin itu menjadi terbaik tetapi tiada dasar agama. Jadi panel memberi cabaran, macam mana dengan ekonomi halal ini, kita nak bagi lebih hebat dari pada itu, kerana sewajarnya orang Islam lebih terkehadapan sebab kita ada Quran dan Sunnah yang menyuruh dah kita pun!
- Poin menarik yang bersifat revolutionary di bawa oleh panel ialah dia nak bawa satu framework iaitu Halal economy framework yang bersifat universal ethical. Dengan kata lain, dia tidak bersetuju bahawa al-Quran & Sunnah digunakan pada perbuatan ritual semata-mata, tetapi go down to nilai. Cuma, bila telusuri di penghujung sesi, panel jelaskan bahawa pembangunan ini masih di dalam usaha untuk dibangunkan/belum dibangunkan lagi. Cuma itulah, bila sebut soal nilai, dan kita nak menjadikan masyarakat kita itu sekuat jati diri macam anak Jepun berumur 7 tahun (seperti yang dicontohkan panel dalam ulasan beliau), di mana kita nak mula? Apapun, poin-poin yang diberikan panel semuanya sangat menarik dan membuka minda.
No comments:
Post a Comment