Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu
Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Wednesday, 25 February 2026

(Transkrib) HALAL PROFESIONAL – “TENTANG PENSIJILAN HALAL” | HALAL PROFESIONAL

Pautan: https://www.youtube.com/watch?v=_U7NVGyDbXg

Panel: Dr Mohd Aina Khotib

*Perhatian: Transkrib telah disunting dan diedit untuk kesesuaian

Terima kasih bersama untuk meluangkan masa dengan saya dan juga para pendengar, para penonton IKIMfm petang ini untuk kita kongsi tentang tajuk yang penting berkenaan dengan pensijilan halal. Baik Dr., kita nak terus saja di awal ini: bila sebut tentang pensijilan halal semua orang tahu itu penting sebenarnya. Tetapi mungkin sesetengah pemain-pemain industri kata - "susahnya nak dapatkan pensijilan halal ini." Nak dapatkan pengiktirafan halal ini macam-macam proses, macam-macam borang, macam-macam pemeriksaan demi pemeriksaan dilakukan untuk diberikan pengiktirafan ataupun sijil halal itu. Jadi kita nak tanyalah: serumit mana nak dapatkan sijil halal ini? Sebab ramai yang beralasan kenapa tak ada sijil halal kerana susah sangatkan proses tu, macam renyah sangat; susah sangat. Jadi kita nak terus tanya di awal ini apakah itu pensijilan halal Dr Aina?

Berbalik kepada soalan yang yang diajukan oleh DJ Siti tadi, apa yang dimaksudkan dengan pensijilan halal - pensijilan halal ini adalah satu dokumen/ dokumentasi yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa berwibawa yang mengesahkan bahawa sesuatu produk ataupun perkhidmatan yang dikeluarkan itu adalah halal mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Kalau kita lihat pihak apa yang dimaksudkan dengan pihak berkuasa berwibawa, di Malaysia ini JAKIM dan JAIN adalah pihak berkuasa berwibawa. Yang akan memperakukan dan meluluskan permohonan pensijilan halal. Kalau kita di Malaysia memang JAKIM-lah yang kita tahu. Memang halal kita diuruskan oleh JAKIM. Bagaimana pula di luar negara? Kalau kita lihat di luar negara, ia diuruskan oleh badan-badan pensijilan halal negara tersebutlah yang mana JAKIM telah mengiktiraf hampir 86 badan pensijilan halal luar negara daripada 48 buah negara. Kita lihat kenapa pentingnya pensijilan halal? Kenapa ada yang mohon, ada yang tak mohon? Betul, bila kita lihat pensijilan halal ini sebelum kita nak mohon tu, kita kena tengok dululah syarikat tersebut layak ataupun tidak. Kita nak dapatkan persijilan halal ini - ia memberi satu definisi bahawa produk tersebut yang kita hendak, yang kita hendak makan ke, yang kita hendak pakai, yang kita hendak guna ke, dia memberi jaminan bahawa produk tersebut halal, boleh diguna pakai oleh orang muslimlah; orang Islamlah. Kenapa pentingnya kepada pensijilan halal? Hanya Syarikat yang mohon pensijilan halal sahaja ataupun industri yang mohon pensijilan halal sahaja yang boleh mengguna pakai logo halal. Maksudnya, kalau dia tak mohon, dia tak mohon pensijilan halal Syarikat kalau dia tak mohon pensijilan halal tetapi dia mengguna pakai logo halal pada produk dia. Jadi, ianya sebagai logo palsulah dan boleh diambil tindakan. Jadi, kalau sesebuah syarikat tersebut nak mengguna pakai logo halal pada produk, dia jadi wajib untuk dia memohon pensijilan halal.

Berbalik kepada yang tadi saya sebutkan: bila dengan adanya logo halal tadi, ia memberi definisilah kepada kita sebagai pengguna, kita sebagai publik/ orang awam yang mana bukannya semua ingredient (bahan ramuan/kandungan) yang kita faham. Kalau kita beli produk A, kalau kita tengok dekat ingredient tu tak semua ingredient yang kita fahamlah. Kadang-kadang dia pakai istilah-istilah yang kita pun sukar nak faham. Jadi dengan logo halal tadi dia memberi jaminanlah. Saya sendiri pun kalau saya lihat produk itu sudah ada logo halal, halal Malaysia ke ataupun halal luar negara ke, dia memberi keyakinanlah kepada kita untuk kita nak (beli). Kalau kita lihat, bagi syarikat-syarikat, industri yang mohon pensijilan halal dia kena patuhlah. Dia tak bolehlah bila sudah mohon, sudah dapat so okeylah (untuk tak ikut peraturan)- tak. Maksudnya dia nak langgar peraturan ke apa - tak boleh.  Once, bila dia sudah dapat persijilan halal, dia kena ikutlah garis panduan yang telah dikeluarkan yang mana antara rujukan utama dalam pensijilan halal antaranya Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia ataupun ringkasan dia MPPHM. Kita juga ada standard Malaysian (MS) dalam halal dan bila kita bercakap berkenaan halal ini actually halal ini bukan hanya kepada makanan sajalah. Halal ni sangat meluas. Kita ada di Malaysia pun dalam skim pensijilan halal ada sembilan skim. Bukan hanya produk makanan, bukan hanya premis makanan, tetapi kita ada juga farmaseutikal/ produk farmaseutikal, kita ada juga kosmetik, kita ada juga rumah sembelihan, kita ada juga logistik, perkhidmatan logistik dan kita ada juga peranti perubatan, barang gunaan dan juga pengilangan kontrak. Kita ada sembilan skim pensijilan. Jadi yang mana syarikat-syarikat industri yang mohon pensijilan halal tadi, dia mestilah bertanggungjawab untuk mematuhi garis panduan tersebut. Itulah pentingnya kepada kita. Bila kita sudah ada, sudah dapat, kita kena patuh.

Okey ada risiko tak sesuatu pensijilan halal yang telah diberikan kepada mana-mana pemain industri syarikat ke, kilang ke, akan ditarik balik? Andailah, sebab nak dapat tu bukan main. Dia patuhi segala prosedur syarat-syaratnya. (Tetapi apabila) Sudah dapat, tiba-tiba katakan selepas 6 bulan atau selepas setahun, pihak yang memberikan sijil halal itu macam JAKIM ke kan datang buat spot-check. Tengok dia maintain ke tidak dia punya standard halal tu, kebersihan, dari segi kualiti. Tiba-tiba sudah tak capai macam mula-mula dulu. Ada tak risiko untuk ditarik balik setelah diberikan sijil halal itu kepada mana-mana pemain industri?

Memang adalah risiko tersebut. That's why kita memang dalam MPPHM pun, dalam manual prosedur pensijilan halal Malaysia pun dia ada – maksudnya: (dinyatakan di dalamnya berkenaan) kesalahan-kesalahan kecil, kesalahan-kesalahan besar. Kesalahan-kesalahan yang melibatkan teknikal ke, kesalahan-kesalahan yang melibatkan isu syariah ke. Jadi, benda itu boleh ditarik baliklah. Dia based on /bergantung jugalah kepada apa kesalahan yang dibuat. Maksudnya, bukan bermaksud bila dia dapat sijil halal ni so sampai bila-bila dia akan dapat - tak. Kalau dia tak maintain dia actually kena renew (perbaharui), dia kena renew macam produk makanan - dua tahun, kalau kosmetik atau farmasutikal 3 tahun, kalau rumah sembelihan setiap tahun kena renew. Jadi waktu nak renew tu akan ada audit pulalah. Akan ada audit pula. Jadi maksudnya kalau dia ada benda yang ketidakpatuhan atau ketidakakuran berlaku, maka isu nak tarik balik itu memang bolehlah kalau kalau melibatkan kesalahan-kesalahan besar, contohnya.

Kebanyakan kalau mula-mula dulu pensijilan halal ini diperkenalkan setahu sayalahkan, banyak yang minta ini ialah pemain industri di kalangan orang bukan Islam. (Manakala) yang Islam ini sedikit sangat yang minta. Sekarang ni macam mana dah ramai ke yang di kalangan pengusaha/perniagaan orang Islam yang meminta halal?

Kalau untuk permohonan pensijilan halal actually kita boleh check juga. Kita boleh tengok dalam laman web halal directory. Kita boleh tengok di sana syarikat-syarikat yang mohon pensijilan halal. Maklumat yang saya adalah setakat ni: kalau purata hampir lebih kurang dalam 10,000 syarikatlah yang pohon pensijilan halal. Itu maklumat yang dapatlah. Kalau silap, betulkanlah, kalau ada kesilapan. Jadi di situ kita lihat maksudnya masih kita cubalah untuk nak meningkatkan lagi meningkatkan lagi permohonan pensijilan halal. Yang mana daripada jumlah tadi tu lebih kurang 60 ke 70% memang pemegang pensijilan halal adalah daripada kalangan non-muslimlah.

Masih lagi ya, (syarikat) kalangan bukan Islam Muslim yang menjuarai dari segi memohon untuk mendapatkan pensijilan halal ini. Baik, kita nak tahu juga ini tadi dah sebutkan tentang ada berapa jenis sijil halal ni; katanya ada sembilan skim ya. Jauh beza tak kita dari segi bidang siji halal: kita sembilan skim sembilan kategori, kalau di luar negara di peringat antarabangsa jauh tak mungkin perbezaan daripada kita? 

Dia actually setiap negara tu dia berbezalah. Dia bergantung kepada masing-masinglah negara tersebut. Tapi kalau untuk negara kita, kita ada sembilan skim tadilah jadi bila kita nak mohon persijilan halal tu kita, tengoklah kita di bawah skim yang mana. 

Dr. Aina, para penonton di sana ramai juga yang nak tahu, saya pun nak tahu tu yang nak tanya ni sejauhmana pemain industri di negara kita ni berjaya mendapatkan siji halal? Kalau lepas pun mungkin yang buat tak lepas tu mungkin di peringkat yang mana yang tak lepas tu? Mungkin dari segi tahap kebersihannya ke? Ataupun bersih, kedai tiptop semua cantik, kualiti bahan yang dipilih untuk menyediakan sesuatu makanan ataupun apa servis yang ditawarkan tu dia sangkut kat situ? Di peringkat mana yang buatkan mereka tak berjaya? Katalah ada 10 peringkat, (mungkin) 10 proses atau prosedur yang nak dilalui oleh mana-mana orang yang nak mendapatkan sijil halal, contohnya banyak sangkut di tahap lima di tahap tujuh contohnya?

Pengalaman saya berkongsilah, pengalaman kami di Institut pengurusan halal ataupun Institute of Halal Management ringkasan dan IHM-lah di UUM yang mana kami juga salah satu pusat penyedia latihan halal yang berdaftar di bawah JAKIM. Dan saya juga salah seorang tenaga pengajar halal yang berdaftar di bawah JAKIM. Jadi team kami banyak turun ke industri alhamdulillah kami kerap dijemputlah oleh industri untuk bagi training halal di belah utaralah di belah utara. Kami kerap dijemput dan kami banyak turun ke industri. Jadi actually kita boleh lihatlah sebenarnya apa cabaran-cabaran, kekangan yang dihadapi oleh syarikat-syarikat. Kalau saya sebagai ahli akademik, kalau saya hanya duduk di universiti memang saya takkan nampak benda ni. Tapi bila kami memang kerap turunlah boleh dikatakan setiap bulanlah kami memang akan turun industri. And then bila kita berjumpa, bersembang dengan kita sambil-sambil kita bagi training tu kita jumpa juga industri kita tahulah kekangan-kekangan yang dihadapi. 

Banyaklah antara reason tu dia kadang-kadang tu ada yang baru nak proses. Baru ni ada satu premis makanan yang dia nak mohon pensijilan halal. Jadi kami sebelum kita nak bantu, sebab kami kami ada bantu, juga kita ada bimbing syarikat dalam permohonan pensijilan halal. Yang mana kami juga di UUM kami dilantik oleh MARA sebagai perunding cara di bawah MARA. Daripada situlah kita membimbing syarikat dalam permohonan pensijilan halal dan alhamdulillah dah ada dua syarikat yang berjaya. So daripada situ kita nampak sebab kita sendiri yang terlibat. Maksudnya kita bukan hanya mengajar tapi kita sendiri yang kita buat. Kita key in dalam sistem kita, kita sediakan, kita prepare dokumen, kita bantu, kita bimbing syarikat tersebut. Kita bimbing, kita bantu, jadi kita tahulah apa kekangan-kekangan yang dihadapi oleh industri. Maksudnya kita bukan hanya bercakap kosong, tapi kita buat sekali bersama industri. So daripada situ kita nampak kekangan dan cabaran. 

Ada juga yang nak mohon halal, dia berminat nak mohon: ada satu premis makanan ni dia berminat nak mohon halal and then bila kita bila kita turun tengok dululah, bila kita turun tengok so ada beberapa benda yang dia kena ubah sikitlah. Dia kena kadang-kadang ada juga dari segi struktur, dia punya tempat dia, ada yang tak sesuai, dia melibatkan ubah suai, ada juga yang macam tu ada juga dari segi bahan mentah, pembelian bahan mentah, benda yang simple. Kalau macam contoh kalau dalam syarikat permohonan persijilan halal, kalau contoh dia mengguna pakai ayam. Ayam yang kita tahu: ayam ini adalah critical ingredient yang mesti kena ada/ mesti dia kena beli daripada yang yang ada logo halal-lah. Mungkin sebelum ni dia beli ayam di pasar ataupun dia beli ayam daripada rumah sembelih yang tidak ada pensjilan Halal/ yang tak ada logo halal kita kata. And then, dia kena tukarlah kalau yang tu simple. Senang bila kita advice yang tu yang tu on lah, senang. Dia boleh tukarlah maksudnya mungkin sebelum ni dia beli ayam daripada rumah sembelih yang tak ada pensijilan Halal - tu dia kena ubahlah kepada rumah sembelih yang ada pensijilan halal. Maksudnya, dia beli ayam tulah. Banyaklah kalau dekat Kedah ni kita ada antaranya Ayam Bismi dan banyak lagilah syarikat-syarikat lain. 

Jadi itu yang yang senang dia nak ubah, tapi melibatkan struktur kedai contohnya. Struktur kedai ada juga yang dia simpan tempat yang sama: (di situlah) stor, situlah stor pekerja, situlah stor barang yang tu tak bolehlah. Dia kena asingkanlah barang unuk yang basuhan. Isu-isu macam tu dia kena dia tak boleh campur sekali, ada banyak benda lagilah actually kita akan lihat. And then ada juga isu yang bila yang tak lulus juga kita kata sebab mungkin yang menguruskan halal - ada syarat contoh kalau syarikat yang yang dalam kategori besar, sederhana (sepatutnya) dia perlu ada jawatan halal exec kan. Jadi halal exec ni kadang-kadang dia urus benda lain, orang yang buat ni; memang kami ada jumpalah satu satu isu yang ni dia tak ada pengalaman. Dia tak reti nak buat, nak buat dokumen macam mana. Dia tak reti nak buat, mungkin dia pun belum join training halal executive tapi dia yang menguruskan halal. Sepatutnya orang yang menguruskan Fail Halal ni adalah orang yang yang join training halal eksekutif. Sebab dalam latihan eksekutif halal ada diajarlah modul-modul ada macam mana kita nak buat sistem jaminan halal. Tapi, ada isu yang orang lain yang join training, orang lain yang buat buat fail tersebut. Jadi bila dia submit pun banyak banyak kali Eh banyak berlaku apa ni yalah ada benda yang tak betul, banyak berlaku ketidakakuran sebagainya, isu-isu macam tulah. 

Banyak lagilah isu-isu dan cabaran tu kalau nak list tu memang panjang. Tapi alhamdulillah, bila team saya sendiri dengan dengan rakan-rakan daripada IHM, bila kami banyak turun ke industri kita nampaklah apa cabaran-cabaran dan kekanganlah yang dihadapi oleh industri. Dan actually bukanlah kita nak kata halal itu susah, kalau kita ada semua dokumen. Actually, semua benda permohonan perlukan dokumentasi, HACCP ke. Bukan hanya sijil halal saja kan. Nak minta untuk HACCP ke MeSTI mesti ada dokumentasi. Then nak menyediakan dokumen tu memang bukannya petik jari terus dah ada semua benda, jadi benda tu normal. So Insya-allah benda tu bukanlah kita nak kata susah sangat tu kalau kita buat elok-elok. Kita ikut, follow buat satu-satu Insya-allah benda tu boleh buat. 


No comments:

Post a Comment

(Transkrib) HALAL PROFESIONAL – “TENTANG PENSIJILAN HALAL” | HALAL PROFESIONAL

Pautan: https://www.youtube.com/watch?v=_U7NVGyDbXg Panel: Dr Mohd Aina Khotib *Perhatian: Transkrib telah disunting dan diedit untuk kese...