Perkhidmatan logistik halal, merupakan perkhidmatan nilai tambah kepada mana-mana pihak yang menginginkan pemeliharaan integriti halal yang berterusan. Pengurusan logistik biasanya melibatkan aktiviti seperti pergudangan, pengangkutan dan pengedaran, dengan kata lain ketika proses-proses ini, aspek barangan/konsainmen/kargo adalah dalam keadaan yang terpelihara halalnya begitu juga kondisi di sekelilingnya. Ia boleh dicapai dengan mengenalpasti risiko-risiko pencemaran, sesuai dengan takrif halal berdasarkan Akta Perihal Dagangan 2011 dan Standard Malaysia siri MS2400.
Perkhidmatan logistik halal adalah bersifat sukarela (𝘷𝘰𝘭𝘶𝘯𝘵𝘢𝘳𝘺) terbuka kepada mana-mana penyedia perkhidmatan yang ingin menambahkan nilai pada rantaian khidmatnya dan boleh dimohon di bawah Skim Pensijilan Halal Malaysia, JAKIM. Berbetulan pula, usai lawatan,keluar berita di mana Perdana Menteri Malaysia (PMX) mengeluarkan kenyataan bahawa kapal-kapal kargo dibawah 𝘧𝘭𝘢𝘨𝘴𝘩𝘪𝘱 z!m tidak dibenarkan berlabuh di tanah air. Hal ini benar-benar memperlihatkan bahawa perdagangan import-eksport, logistik, maritim adalah sangat penting kerana ia adalah sebahagian dari jaringan rantaian bekalan yang kompleks dan menjana pendapatan negara. Apapun, berdasarkan perjalanan ke sana, terdapat sedikit catatan yang dapat dicoretkan.
𝘐𝘯𝘥𝘶𝘴𝘵𝘳𝘪 𝘚𝘦𝘮𝘶𝘥𝘦𝘳𝘢 𝘉𝘪𝘳𝘶
𝙏𝙖𝙨𝙖𝙬𝙬𝙪𝙧 𝙋𝙚𝙣𝙜𝙪𝙧𝙪𝙨𝙖𝙣 𝙇𝙤𝙜𝙞𝙨𝙩𝙞𝙠. Berdasarkan taklimat disampaikan, keluasan gudang yang mengendalikan perkhidmatan halal yang disediakan adalah sebesar 10k kaki persegi. Aliran masuk kontena ke pelabuhan adalah menggunakan istilah 'TEU' Twenty-foot Equivalent Unit yang merujuk kepada panjang treler kontena (ada bersaiz 40 kaki dan 20 kaki). Kapasiti direkodkan terkini untuk North port adalah 21.9 Juta kapasiti TEU. Terdapat hampir 30 agensi yang berada di dalam kawasan pelabuhan antaranya termasuklah Kastam (penguatkuasa berkaitan cukai dan duti), MAQIS (penguatkuasa untuk kuarantin barangan), KKM, dan sebagainya. Fungsinya adalah sangat penting bagi tujuan pemeriksaan barangan yang diturunkan ke pelabuhan agar mematuhi undang-undang sesuai dengan bidang kuasa agensi yang ditempatkan. Kemudiannya, kami dibawa melawat kawasan '𝘮𝘢𝘳𝘴𝘩𝘢𝘭𝘭𝘪𝘯𝘨 𝘢𝘳𝘦𝘢' (tempat dimana kontena diletakkan), depoh pemeriksaan treler 'reefer' (lori sejuk) dermaga, kawasan 'apron' (tempat di mana mod rel/gerabak bersambung dengan 'yard' (lapangan kontena)) yang disokong khidmat oleh KTMB serta mengenali jentera-jentera khusus seperti "ketam" (𝘳𝘦𝘢𝘤𝘩-𝘴𝘵𝘢𝘤𝘬𝘦𝘳) yang mengangkat kontena di mana ia akan "menyepit" pada penjuru kontena, 'lori tikus' (𝘵𝘦𝘳𝘮𝘪𝘯𝘢𝘭 𝘵𝘳𝘢𝘤𝘵𝘰𝘳), 'jejari dermaga' (𝘸𝘩𝘢𝘳𝘧 𝘧𝘪𝘯𝘨𝘦𝘳*), 'QC' Quay Crane (kren dermaga). Mengenali perkara-perkara ini memberikan input yang penting dalam membentuk tasawur yang jelas ketika membangunkan titik kawalan halal. Lawatan ke tapak operasi hanya melalui kenderaan kerana kawasan dermaga yang tersangat luas dan melibatkan banyak jentera berat. (Jika diberi peluang jalan kaki, mungkin tak mampu sehari dari hujung dermaga ke hujung satu lagi)
𝘐𝘯𝘵𝘳𝘰𝘴𝘱𝘦𝘬𝘴𝘪 𝘓𝘰𝘨𝘪𝘴𝘵𝘪𝘬 𝘏𝘢𝘭𝘢𝘭
𝗨𝗿𝘂𝗳 𝘁𝗲𝗸𝗻𝗶𝗸𝗮𝗹 (𝘶𝘳𝘶𝘧 𝘵𝘪𝘲𝘯𝘪𝘲𝘪*) yang bersifat 'samudera biru' dan sangat perlu untuk diterokai, dalam memberikan pertimbangan terbaik bagi melaksanakan pengurusan yang patuh halal. Halal tidak seharusnya ditanggapi pada produk makanan semata-mata tetapi juga diaplikasikan kepada perkhidmatan (𝘴𝘦𝘳𝘷𝘪𝘤𝘦𝘴) melibatkan pengendalian, penyimpanan yang menjaga aspek halalan tayyiban. Walaubagaimanapun, pengurusan logistik khususnya kontena merupakan proses yang dinamik dan rentak-laju (𝘧𝘢𝘴𝘵-𝘱𝘢𝘤𝘦𝘥) serta kuantiti yang banyak. Pertimbangan atau sesuatu keputusan yang ingin diambil dapat diaplikasikan fiqh al-Mizan (fiqh timbangan) dan pelbagai pendekatan usul fiqh seperti maslahah mursalah, masyaqqah, sadd al-zarai', begitu juga dengan kaedah fiqh (qawa'id fiqhiyyah) yang masih terbuka untuk dieksplorasi. Hal ini juga selaras dengan prinsip universal Islam, iaitu diangkat kesulitan (raf'ul haraj) yang meraikan pendekatan yang mempermudahkan.
𝗞𝗲𝗺𝗮𝗵𝗶𝗿𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝘂𝗻𝗱𝗶𝗻𝗴. Selain itu, apa yang dapat diperhatikan, industri logistik sangat mementingkan ketepatan, dengan kata lain komunikasi di antara operator pelabuhan, gudang, pengangkut, klien adalah cukup kritikal bagi memastikan proses berjalan dengan licin. Maka, ia memerlukan satu bentuk kemahiran iaitu kemahiran perundingan (𝘯𝘦𝘨𝘰𝘵𝘪𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯 𝘴𝘬𝘪𝘭𝘭). Dapat merasakan bahawa kemahiran ini menjadi nilai tambah khususnya kepada eksekutif halal. Kemahiran ini memang di bawah bidang pengurusan perniagaan, tetapi ia satu yang kunci pemudahcara contohnya dalam melaksanakan SOP dan meterai kontrak agar selaras dengan polisi halal yang ingin disasarkan oleh syarikat. Ianya satu seni dalam komunikasi yang saya fikir sangat hajiyyat dalam pengurusan logistik halal. Wallahu'alam.
Sememangnya banyak lagi yang dapat diterokai berkaitan dengan logistik halal/rantaian bekalan halal. Ini juga kerana logistik, tidak sama seperti skim makanan atau produk.
No comments:
Post a Comment