- Pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengeluarkan kenyataan pencerahan melalui medsos bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan masyarakat.
「"Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali ke-100 yang bersidang pada 4 hingga 6 Julai 2012 telah membincangkan Hukum Bahawan Pewarna Cochineal: Kajian Semula Kadar Piawaian Yang Ditetapkan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:
- Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah perpandangan bahawa cochineal adalah jenis serangga (kumbang betina) yang tidak membahayakan dan zat pewarna yang dihasilkan daripada cochineal boleh dimanfaatkan oleh manusia. Dari segi perundangan negara, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 telah menetapkan bahawa pewarna carmine yang diperolehi dan dihasilkan daripada cochineal adalah dibenarkan berdasarkan Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP).
- Muzakarah juga menegaskan bahawa Jumhur Fuqaha' sepakat menetapkan bahawa bangkai serangga yang darahnya tidak mengalir adalah suci, dan pewarna cochineal adalah diperolehi daripada serangga cochineal yang telah mati di mana darahnya tidak mengalir.
- Berdasarkan ketetapan tersebut, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa penggunaan bahan pewarna cochineal dalam makanan, minuman dan barang gunaan diharuskan dan kadar penggunaan yang dibenarkan adalah mengikut ketetapan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia selagi mana ia tidak mendatangkan kemudharatan. 」
- Bagi penulis, terdapat beberapa isu sebenarnya, iaitu berkaitan dakwaan gambar yang ditularkan. Penulis tidaklah meneliti secara terperinci, namun seharusnya kesahihan gambar berkenaan dan konteks perlu didapatkan melalui pemilik atau individu berkenaan.
- Isu kedua, adalah gambar yang dilampirkan sekali iaitu gambar suatu produk perwarna makanan yang dipasarkan meluas di negara ini dan telah disijilkan halal. Gambar produk tersebut pada hemat penulis, tiada kaitan dengan isu yang dicetuskan kerana pewarna dye carmine yang diproduksi adalah "artificial" iaitu tiruan. Pewarna tiruan ini adalah berasaskan kepada bahan petroleum, dan bukannya makhluk Allah bernama cochineal sebenar. Jadi, tiada masalah dan tiada kaitan di situ. Walaubagaimanapun, apabila diletakkan sekali bersama gambar pertama, ia boleh menyebabkan kekeliruan. Lebih-lebih lagi penggunaan medsos masa kini cenderung untuk melihat "headline" atau zahir yang tertera, berbanding usul periksa sebelum sebar. Maka, siapapun yang mula menghantarkannya, berkemungkinan (melalui husnu al-dzan) adalah untuk memberikan contoh semata-mata, akan tetapi hakikatnya tindakan tersebut boleh menyebabkan timbul persepsi lain terutama terhadap pengeluar produk berkenaan. Perkara ini seharusnya dielakkan.
- Apapun, dalam kes ini, para pengguna disarankan untuk mendapatkan maklumat yang sahih daripada pihak JAKIM/JAIN agar tidak berlaku salah faham.
- Setiap pengguna dan netizen khususnya perlu menginsafi firman Allah SWT dalam Surah al-Hujurat, ayat 6:
Maksydnya: "Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu."
Wallahua'lam.
- Muhamad Afiq
- Muhamad Afiq
No comments:
Post a Comment